Thursday, 2 May 2024

Hari ke-122 di tahun 2024

 Salam Syawal ke-22. Alhamdulillah di hari yang indah.

1 Mei merupakan hari cuti am. Anak2 tidak bersekolah hari ini. Suami belikan nasi lemak untuk sarapan kami sekeluarga.

CikYong berkesempatan untuk mengikuti seperti hari2 sebelumnya pengajian tafsir Surah Yusuf ayat 90&91. Seterusnya CikYong ikuti mudarasah syarah hadith 40 menggunakan kitab al Wafi. Perbincangan hadith ke-6 menyentuh perihal kesejahteraan hati. Lima perkara untuk mendapat kesejahteraan hati iaitu membaca Al Quran dan tadabbur, mengosongkan perut, solat malm, bertaubat di waktu sahur, mendampingi orang2 solihin. Selepas sarapan, CikYong sambung pula mengikuti rakaman kelas bahasa arab oleh Ustaz Muien. Hari in belajar فعل مضارع منصوب بان المضمرة بعد فاء السبب و بعد الواو المعية

Untuk makan tengahari, CikYong hanya memasak nasi dan menggoreng ikan. Gulai lemak cili padi dan kari ayam, CikYong panaskan sahaja. Alhamdulillah di atas rezeki makanan untuk keluarga CikYong.

Sebelah petang hingga ke malam sebelum Isya’. CikYong di dapur. CikYong membuat dua jenis biskut raya. Walaupun hari raya telah lama berlalu, CikYong masih membuat kuih raya. Kuih raya yang pertama adalah choc chips cookies. Ini adalah kali ketiga CikYong membuatnya dalam masa sebulan. Cookies kegemaran anak2 CikYong ini telah pun habis. Oleh kerana itu. CikYong membuatnya lagi. 

Jenis biskut yang kedua merupakan biskut raya yang tidak sempat CikYong membuatnya sebelum hari raya tempoh hari. Oleh kerana bahan2nya telah dibeli, maka hari ini CikYong membuatnya. Biskut ini merupakan biskut dari zaman CikYong kecil lagi. Semasa CikYong di sekolah lagi, CikYong telah belajar membuat biskut ini kerana ianya merupakan biskut kegemaran CikYong. Namun hari ini, bancuhan doh biskut tidak berapa mahu menjadi mungkin disebabkan telah lama CikYong tidak membuatnya. Disebabkan dohnya tidak menepati paiwaian sebenar, makanya CikYong mengambil masa yang panjang untuk menyiapkannya. Selesai sahaja CikYong menyiapkannya, azan Isya’ dari masjid berhampiran pun berkumandang. Oleh kerana biskut ini mengundang susah payah CikYong untuk membuatnya, maka CikYong lampirkan gambar kejadiannya di sini.



Sepanjang hari ini anak teruna kedua CikYong masih lagi tekun membina robot lego nya. Beliau yang terakhir tidur disebabkan beliau masih dengan lego nya sehingga ke malam hari.

Hari ke-207 perang di Palestine. Terdapat begitu banyak paparan di media sosial memperkatalan perihal pihak berkuasa melakukan kekasaran terhadap pelajar2 yang berdemonstrasi di universiti2 di Amerika dan negara barat yang lain. Semoga Allah berikan hidayah kepada mereka yang inginkan kebaikan di dunia ini. Amin amin ya rabbal alamin.








No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...