Salam saiudul ayyam.
Alhamdulillah hari Jumaat penuh barokah. 1 Dzul kaedah bersamaan 11 Mei.
Hari persekolahan buat anak2 CikYong.
Pagi ini CikYong sediakan nasi goreng dan lempeng telur sebagai bekal anak2 ke sekolah.
CikYong ikuti tafsir surah Yusuf dan mudarasah hadith ke 7. Usai mengikuti pengajian, CikYong menemai suami yang ingin berjogging di padang. CikYong hanya menunggu di dalam kereta kerana hari telah mulai panas.
Setelah pulang ke rumah, kami bersarapan dengan nasi goreng.
Hari ini CikYong banyak meluangkan masa untuk membuat diorama. Terdapat banyak lagi yang perlu dilakukan dan tarikh tutup semakin hampir.
Untuk makan tengahari, CikYong memasak sup ayam dan menggoreng ikan. Suami belikan ayam goreng sebagai lauk tambahan.
Sebelah petang hingga ke malam, CikYong masih sibuk dengan diorama. Hari ini CikYong dapat menyiapkan satu pahar bunga telur.
Hari ke-216 perang di Palestine. Keaadan perang semakin buruk terutamanya di Rafah. Terdapat hospital yang telah dikosongkan setelah rakyat Palestine dan pertugas2 hospital diarah untuk meninggalkannya. Doktor2 dari Kuwait juga dikerah untuk meninggalkan Rafah. Keaadan begitu genting di Rafah. Tidak terbayangkan oleh CikYong betapa huru haranya keadaan di Rafah. Semoga pertolongan Allah tiba untuk rakyat Palestine dan Allah musnahkan tentera yang kejam itu. Amin amin ya rabbal alamin.







No comments:
Post a Comment