Assalamualaikum hari yang sempurna kejadiannya. Matahari terbit tepat mengikut waktunya. Subhanallah!
Hari Sabtu 4 Mei bersamaan 25 Syawal.
Hari ini merupakan hari cuti persekolahan buat anak2 CikYong. Namun anak teruna kedua mempunyai kelas tambahan di sekolah agamanya. Kelas tambahan tersebut merupakan inisiatif guru2 di sekolah agamanya. Kelas tambahan di adakan pada setiap hari Sabtu pagi selama dua jam.
Suami belikan sarapan iaitu nasi lemak dan bihun goreng. Sebelum kami bersarapan, suami di bantu oleh anak teruna sulong berusaha menurunkan anak kucing daripada atas bumbung. Di rumah CikYong sekarang ini terdapat tiga ekor kucing dewasa dan tiga keluarga ekor anak kucing. Sebenarnya kucing2 tersebut bukanlah kucing peliharaan kami. Kucing2 tersebut merupakan kucing yang tidak bertuan, datang ke rumah CikYong untuk mendapatkan makanan. Oleh kerana itu, suami belikan juga makanan kucing yang diberikan setiap pagi dan petang.
Pagi ini salah seekor daripada anak kucing itu telah berada di bumbung bahagian belakang rumah. CikYong tidak tahu bagaimana anak kucing itu boleh berada di atas bumbung. Suami dan anak CikYong memyandarkan tangga kepada bumbung dan cuba menyuruh anak kucing turun melalui tangga tersebut. Alhamdulillah anak kucing dapat menuruni tangga dan selamat tiba ke tanah semula.
Usai bersarapan dan mengemas rumah, CikYong masuk ke dapur. CikYong membuat adunan doh kuih siput. CikYong juga menyediakan juadah makan tengahari iaitu gulai lemak cili padi ikan dan ayam goreng tepung. Suami juga ada membawa laksa daripada rumah bonda. Selepas Zohor dan makan tengahari, CikYong menyambung membuat kuih siput.
Usai kuih siput siap digoreng, CikYong dan suami keluar ke pekan. CikYong ingin pergi ke perpustakaan untuk bertemu dengan guru lukisan. Guru lukisan CikYong telah membantu membelikan kain kanvas untuk CikYong. CikYong datang untuk mengambil kanvas tersebut. CikYong juga mengambil kesempatan meminjam buku di perpustakaan.
Hari ke-210 perang di Palestine. CikYong mengikut rakaman penerangan oleh Syed Muhammad Israa’ CEO IRIS perihal tindakan Isreal dan US terhadap pelarian Palestine di Rafah. Isreal dan US cuba melakukan sesuatu agar dunia melihat seolah2 merekalah penyelamat pelarian di Rafah. Padahal objektif utama untuk menghapus dan menghalau rakyat Palestine masih lagi utuh di dalam perancangan mereka. Dunia tidak boleh tertipu dengan dakyah Zionist yang di manifestasikan oleh Isreal dan US. Sesungguhnya Allah Maha Pengatur.





No comments:
Post a Comment