Saturday, 4 May 2024

Hari ke-124 di tahun 2024

 Assalamualaikum salam sejahtera buat hati2 yang sejahtera.

3 Mei bersamaan 24 Syawal hari Jumaat mubarokah.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong.

Hari ini kedua2 anak CikYong mempunyai jamuan hari raya di sekolah masing2. Selepas mandi pagi, anak2 CikYong memakai baju melayu yang telah digosok. Anak2 kelihatan begitu segak berbaju melayu dan bersamping songket.

CikYong sediakan creampuff dua kotak setiap seorang untuk dibawa ke jamuan hari raya sekolah.

Sebelah pagi, CikYong ikuti pengajian tafsir surah Yusuf ayat 94&95. Untuk mudarasah, masih lagi di dalam perbincangan kesejahteraan hati. Hati yang sejahtera akan mudah terkesan apabila seseorang berada di situasi yang mendorong kepada perkara haram atau syubahah.

Usai mengikuti pengajian, CikYong dan suami bersarapan dengan bihun goreng dan nasi lemak yang dibeli.

CikYong dan suami kemudiannya pergi ke sekolah anak teruna sulong. Anak CikYong mempunyai temujanji susulan doktor ortodontiknya pada sebelah pagi ini. Anak CikYong meminta kebenaran daripada gurunya untuk keluar sebentar untuk ke temujanji tersebut.

Alhamdulillah selesai anak CikYong bertemu dan diperiksa gigi dan rahangnya oleh doktor. Doktor memaklumkan bahawa anak CikYong telah memasuki peringkat terakhir di fasa pertama ini. Anak CikYong hanya perlu memakai palatel extender nya pada sebelah malam sahaja untuk dua bulan lagi. Temujanji seterusnya ditetapkan pada dua bulan yang akan datang. Pada temujanji akan datang, doktor akan tentukan samada perlu diteruskan ke fasa kedua ataupun tidak.

Usai temujanji, kami menghantar semula anak teruna sulong ke sekolahnya.

Untuk makan tengahari, suami belikan nasi ayam untuk anak2. 

Hari ini CikYong tidak membuat sebarang kuih, CikYong mengambil kesempatan untuk berehat pada sebelah petang setelah dua hari berturut2 CikYong sibuk di dapur hingga ke malam hari.

Pada sebelah malam, anak2 tidur awal dari kebiasaannya sehinggakan ada yg tertidur sebelum  solat Isya’. 

Hari ke-209 perang di Palestine. Buat pertama kalinya semenjak 7 Oktober, lintasan Erez di Utara Gaza dibuka untuk trak bantuan memasuki Gaza. Diberitakan sebanyak 30 buah trak membawa bantuan kemanusiaan telah tiba di Utara Gaza. 

Terdapat juga berita yang menyedihkan apabila dikhabarkan perihal kesyahidan Dr Adnan Al Bursh yang merupakan Ketua Jabatan Orthopedik di Hospital As Shifa yang telah ditahan di penjara Isreal semenjak 5 bulan yang lalu. Semoga Allah kurniakan syurga tertinggi buat syuhada Dr Adnan. 💔

Amin amin ya rabbal alamin.








No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...