Salam akhir Syawal. Salam pagi yang bersinar terang.
30 Syawal bersamaan 9 Mei hari Khamis.
Hari persekolahan buat anak2 CikYong.
Hari ini CikYong hanya membuat roti telur untuk anak2 sebelum ke sekolah. Namun anak teruna kedua hanya ingin menjamah biskut oat kerana telah jemu dengan roti telur. Untuk bekal, suami belikan bihun goreng. CikYong tambahkan roti sandwich utk anak teruna sulong.
CikYong ikuti seperti hari2 sebelumnya akan pengajian tafsir surah Yusof dan mudarasah hadith ke-7 suami belikan bihun goreng dan nasi lemak. Usai bersarapan, CikYong ikuti pula kelas bahasa arab bersama ustazah.
Untuk makan tengahari, CikYong cuma memasak gulai kurma ayam, kobis goreng, ikan goreng dan ayam goreng tepung.
Sebelah petang, CikYong keluar ke pekan bersama suami untuk membeli bahan2 yang diperlukan untuk projek diorama. Suami pula pergi ke klinik kesihatan untuk mengambil ubatnya. CikYong singgah di kedai peralatan alat tulis dan juga kedai bunga.
Usai mendapat barang keperluan tersebut, kami terus ke pekan kecil C untuk mengambil duit hasil kebun sawit. Kebun sawit tersebut merupakan tanah arwah emak CikYong yang telah dipindah milik kepada abang dan dua orang adik CikYong. CikYong sebagai wakil kepada adik beradik, tolong mengambilkan duit hasil daripada pengusaha kebun yang telah memajak tanah kebun tersebut sejak arwah emak CikYong masih ada lagi. Dalm perjalanan ke pekan kecil tersebut, cuaca semakin mendung. Di langit hadapan kelihatan awan hitam yang besar. Dari kejauhan dapat dilihat kawasan di bahagian kiri dan kanan jalan raya, hujan telahpun turun. Namun di bahagian tengah iaitu di jalan raya ke hadapan hujan masih belum lagi turun. Satu suasana yang agak merisaukan, seolah2 sedang memasuki ke suatu daerah yang bakal mengalami suatu malapetaka. Naizubillahb min zaalik.
Hari ini CikYong banyak memfokuskan kepada projek diorama. Sebelah petang hingga ke malam, CikYong menyambung semula projek diorama. Suami dan anak teruna kedua membantu memberikan idea dan juga cadangan. Hari ini CikYong melakukan beberapa cubaan untuk membuat bunga telur. Terdapat beberapa versi yang tidak menepati saiz yang dikehendaki. Rupa2nya sukar juga untuk mendapatkan saiz yang betul dan serasi dengan bahagian2 lain di dalam diorama ini. CikYong teruskan usaha semoga sempat menyiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan. InsyaAllah.
Hari ke-215 perang di Palestine 🇵🇸.
Isreal terus menerus membedil Rafah. Dunia hanya diam dan melihat. Tiada yang dapat atau mahu menghalang. Begitu huru hara orde dunia di zaman kini. Zionis telah menguasai dunia. Umat Islam di dunia seramai dua billion tidak boleh dan mahu melakukan sesuatu untuk saudara seIslam di Palestine.
Ya Allah sesungguhnya kami memohon keampunan Mu di atas kelalaian kami sehingga dunia ini berada di hati kami. Amin amin ya rabbal alamin.








No comments:
Post a Comment