Assalamualaikum pagi yang indah. Semoga Allah memberkati setiap tindak tanduk dan isi hati.
31 Mei bersamaan 22 Dzulkaedah hari Jumaat mubarokah.
Cuti sekolah penggal pertama buat anak2 CikYong.
Selepas subuh CikYong ikuti pengajian tafsir Surah Yusuf ayat 105,106&107 di ikim.fm. Larangan melakukan syirik terhadap Allah.
Pagi ini suami belikan nasi lemak bungkus sebagai sarapan kami sekeluarga. Alhamdulillah di atas rezeki yang dikurniakan.
Usai bersarapan, CikYong menyambung lukisan. Hari ini CikYong mencatan daun2. Sebelah petang selepas makan tengahari, CikYong mula mencatan latar belakang pula namun tidak sempat menyiapkannya. InsyaAllah CikYong menyambung mencatan lukisan pada esok hari. CikYong juga sempat mendengar kupasan Surah Al Haj melalui aplikasi Bayyinah. Penerangan berkaitan agama nabi Ibrahim a.s. adalah Islam.
Pada tengahari, CikYong mengikuti tadabbur MyQurantime di fb live. Pengajian ayat 36&37 surah Al A’raf.
Kami sekeluarga makan tengahari selepas suami dan anak2 pulang dari solat Jumaat. Hari ini suami membeli ayam goreng dan pajeri terung. CikYong hanya memasak nasi dan memanaskan ayam masak merah yang tersimpan di dalam peti ais.
CikYong juga menyambung bacaan buku ‘Kendera Kehidupan’ dan ‘Orientalis’.
Perang di Palestine masih lagi berlanjutan ke hari ke-237. Satu per satu negara di dunia ini mengiktiraf negara Palestine. Negara yang terbaru yang mengiktiraf adalah Slovenia. Dalam masa yang sama EU masih mempamerkan sokongan mereka kepada Israel. Calon presiden Amerika mengundang kecaman apabila beliau menulis ‘kill them’ di peluru berpandu Isreal. Begitulah sikap manusia2 yang telah hilang sifat kemanusiaan. Di pemikiran mereka telah terpahat fahaman zionis yang sukar dikukis. Atau adakah kerana wang dan kuasa yang melatari corak pemikiran sebegini?
Dalam pada itu, keutuhan keimanan dan kesabaran rakyat Palestine yang diserang bertubi2 semakin kuat dan tidak tergugat. Ianya telah terbukti apabila rakyat Palestine masih teguh untuk tidak berganjak dari bumi Palestine walaupun perbagai kekejaman dilakukan oleh penjajah terhadap mereka selama ini. Semoga Allah ganjari mereka dengan syurga yang tertinggi. Dan semoga Allah membalas mereka yang memusnahkan Palestine dengan azab yang setimpal dengan perbuatan mereka. Amin amin ya rabbal alamin.











No comments:
Post a Comment