Assalamualaikum hari yang indah dan diberkati.
26 Jun bersamaaan 19 Dzulhijjah hari Rabu.
Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Anak teruna kedua mempunyai peperiksaan Bahasa Arab, Matematik dan Pendidikan Seni. Anak teruna sulong pula telah mula demam. Sebelum ke sekolah, CikYong minta beliau mengambil dua biji paracetamol. CikYong bekalkan juga 2 biji lagi untuk beliau ambil pada pukul satu petang semasa di sekolah.
Pagi ini suami belikan nasi lemak untuk dijadikan bekal anak2 ke sekolah. CikYong cuma sediakan sandwich telur sebagai bekal tambahan.
CikYong berkesempatan mengikuti program tafsir surah Fussilat di ikim.fm memperkatakan perihal Allah membina bumi ini di dalam enam hari menerusi ayat ke-9. Mudarasah membincangkan perkara2 fardu ain yang wajib ditanya.
Kelas ulangkaji bahasa arab bersama ustazah berjalan seperti biasa.
Usai kelas bahasa arab, CikYong masuk ke dapur untuk membuat kek cawan coklat untuk anak2 dan juga dijadikan bekal ke sekolah.
Di tengahari, CikYong hanya menggoreng ayam dan memasak lemak putih kobis. Gulai lemak cili padi yang masih berbaki, CikYong panaskan sahaja.
CikYong berkesempatan juga mengikuti My Qurantime di fb live sambil CikYong menyediakan juadah tengahari.
Anak teruna sulong masih lagi demam. Di sebelah petang selepas pulang dari sekolah, beliau tidur sehingga ke Asar. Demamnya masih belum kebah.
Di sebelah petang, CikYong menyambung bacaan. Pada kali ini CikYong membaca koleksi kartun oleh arwah Petai. Kompilasi kartun2 beliau yang pernah disiarkan di majalah2 kartun dalam tahun 90an.
Sebelah malam. CikYong menyambung kerja rumah kelas bahasa arab.
Hari ke-263 perang di Palestine.
Sesungguhnya pemikiran tentera2 IDF dan juga rakyay dan pemerintah Israel telah rosak serosak2nya. Perbuatan melampau mereka semakin menyerlah dari hari ke hari. Video terkini memaparkan seekor anjing tentera telah dilepaskan ke dalam rumah seorang warga emas rakyat Palestine. Anjing tersebut telah menyerang warna emas tersebut menyebabkan beliau cedera di tangan. Menambah kepada ketidaksiuman pemikiran tentera Israel, kamera telah dipasang di atas kepala anjing tersebut. Video serangan tersebut menjadi suatu kebanggaan bagi mereka yang telah rosak akalnya.
Semoga Allah memberi mereka hidayah ke arah jalan yang benar. Dan semoga Allah bukakan hati pemimpin2 Zionist kembali kepada fitrah. Amin amin ya rabbal alamin.



No comments:
Post a Comment