Alhmadulillah masih bernafas untuk ke sekian harinya. Masa yang masih berbaki semoga dapat dimanfaatkan sebaik2nya. InsyaAllah.
2 Jun bersamaan 24 Dzulkaedah hari Ahad.
Anak2 CikYong masih lagi bercuti.
Pagi ini CikYong mengikuti rakaman kelas bahasa al Quran melalui fb. Pengajian masih lagi mengenai فعل مضارع مجزم بلم المر.
CikYong mengikuti rakaman MyQurantime sesi semalam. Sesi tersebut adalah sesi nengulangkaji tadabbur untuk mukasurat 153-154.
Kami sekeluarga bersarapan dengan nasi lemak dan juga roti canai. Suami belikan sarapan tersebut semasa pulang dari berjogging di padang.
Usai bersarapan, CikYong menyambung lukisan CikYong. Hari ini CikYong mewarna semula dedaun yang kelihatan agak kaku. Sementara itu, anak teruna kedua juga menemani CikYong di bilik belakang yang dijadikan bilik melukis. Dia nengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan yang bakal tiba.
CikYong berhenti sebentar melukis pada tengahari untuk menyediakan makan tengahari. Hari ini CikYong memasak gulai lemak cili padi udang dan menggoreng ikan siakap. Suami membeli ikan siakap tersebut di jualan rahmah dengan harga tujuh ringgit seekor. Sebenarnya, CikYong tidak pernah menggoreng ikan besar. Untuk menggorengnya CikYong perlu menggunakan minyak masak yang banyak. Alhamdulillah berjaya juga CikYong menggorengnya.
Sebelah petang, CikYong menyambung semula sesi melukis. Lukisan CikYong telah hampir siap. Mungkin sehari dua lagi, bolehlah CikYong menyiapkannya. InsyaAllah.
Hari ke-239 perang di Pakestine.
Presiden Amerika cuba menarik perhatian dunia apabila mengumumkan perjanjian genjatan senjata telah dipersetujui oleh Israel. Namun Israel kemudiannya telah menafikan dakwaan tersebut. Presiden Amerika cuba mrnjadi hero seolah2 beliaulah merupakan entiti pengaman dengan bertujuan untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat Amerika. Semua ini umpama wayang yang berselindung di sebalik lebih 35K rakyat Palestine yang terkorban akibat peluru yang telah dihantar oleh Amerika ke Israel.















No comments:
Post a Comment