Alhamdulillah syukur dihidupkan lagi pagi ini. Mengapa masih diberikan nyawa pada hari ini. Jawapan daripada Imam Ghazali, mungkin kerana ada dosa kita yang masih belum diampuni.
6 Jun 2024 bersamaan 28 Dzulkaedah hari Khamis.
Hari ini merupakan hari persekolahan buat anak2 CikYong.
Seawal pagi CikYong di dapur menyediakan bekal untuk anak2 ke sekolah. Menu hari ini adalah roti jala dan kiah kari bersama telur rebus. Sandwich telur sebagai bekal tambahan untuk anak teruna sulong. Beliau akan kongsikannya bersama rakan2 di sekolah. CikYong juga sediakan roti telur sebagai lapik perut sebelum anak2 ke sekolah.
CikYong juga berkesempatan mengikuti pengajian tafsir Surah Yusuf ayat 109 berkisar sebab2 nabi2 dan rasul2 dipilih dari kalangan lelaki yang tinggal di bandar dan bukan dari kalangan orang badwi atau orang luar bandar.
CikYong menyambung pengajian dengan mengikuti mudarasah Hadith ke-9 daripada Hadith 40 susunan Imam An Nawawi. Perbincangan perkara2 yang termasuk di dalam hukum wajib.
Usai mengikuti mudarasah, suami mengajak CikYong pergi ke rumah bonda. Bonda kurang sihat hari ini, keadaan bonda lemah. Suami belikan sarapan untuk bonda. Bonda kurang berselera dan hanya menjamah sedikit sahaja sarapannya. Setelah bonda mengambil ubat2an, bonda baring dan berehat. Pada sebelah petang, suami dan adik ipar membawakan bonda ke hospital di bahagian kecemasan. Selepas menunggu lama dan di lakukan ujian darah, doktor mendapati keputusan darah dan keadaan bonda tiada masalah. Doktor telah merujukkan kes bonda ke klinik pakar untuk mengesan berkaitan parkinson disebabkan tangan bonda menggeletar.
Hari ini CikYong menjadi supir mengambil anak teruna sulong balik dari sekolah, mengambil anak teruna kedua balik dari sekolah dan menghantarnya ke sekolah petangnya pula. Kemudiannya mengambil anak teruna kedua balik dari sekolah petangnya. Selepas Maghrib pula. CikYong mengbawa anak2 pergi mengaji Al Quran di masjid.
Hari ke-243 perang di Palestine.
Isreal masih terus menerus mengebom Gaza. Hari ini sekolah URNWA dan kem Nuseirat di tengah Gaza yang menjadi tempat rakyat Palestine menumpang berteduh menjadi sasaran bom Isreal. Semakin banyak video2 memaparkan rakyat Palestine yang terkorban dan cedera. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan keperitan yang di lalui oleh rakyat Palestine. Sesungguhnya kekuatan rakyat Palestine terletak pada keimanan mereka terhadap Allah swt dan hari akhirat. Ya Allah bantulah saudara kami di bumi Palestine. Amin amin ya rabbal alamin.



















No comments:
Post a Comment