Thursday, 6 June 2024

Hari ke-157 di tahun 2024

Alhamdulillah syukur terhadap Allah di atas masa2 yang berbaki. Semoga dimanfaatkan sebaik2nya umur yang terluang.

5 Jun bersamaan 27 Dzulkaedah hari Rabu.

Hari ini merupakan hari persekolahan bust anak2 CikYong. Hari ini anak teruna kedua CikYong pulang lewat dari sekolah kebangsaannya. Pada sebelah petang, sekolahnya menjadi tuan rumah untuk majlis pertandingan Mahrajan Al Quran antara sekolah di daerah ini. Anak CikYong diberikan tugas untuk membantu gurunya menyelenggara majlis tersebut.

Seawal pagi, CikYong masuk ke dapur untuk menyediakan bekal untuk anak2 CikYong ke sekolah. CikYong masakkan nasi lemak, pulut dan kuah kari bersama telur rebus. Sambal nasi lemak, CikYong hanya panaskan sahaja sambal dari peti ais. CikYong juga menyediakan sandwich telur dan juga telur hancur. 

CikYong berkesempatan mengikuti tafsir Surah Yusuf ayat ke-109 di ikim.fm. Usai rancangan tafsir, CikYong sambung pula mendengar mudarasah melalui youtube live. Pengajian masih lagi berkaitan hadith ke-9, ulasan lebih lanjut berkaitan keadaan darurat yang mengharuskan sesuatu perbuatan dan amalan.

Usai pengajian, CikYong dan suami keluar berkayuh basikal. Hari ini kami melalui laluan yang sedikit berbeza dari kebiasaannya. Hari ini kami mengelusuri jalan2 tanah berbatu di kawasan kebun2 kelapa sawit. CikYong mengayuh di dalam keadaan yang sedikit mencabar di sebabkan tayar basikal CikYong adalah dari jenis hybid. Tayarnya lebih kecil berbanding tayar basikal mtb, oleh kerana itu ianya kurang sesuai untuk jalan berbatu. Walaupun begitu, CikYong redah sahaja sehingga ke hujung jalan.

Setiba di rumah, kami bersarapan dengan nasi lemak yang telah CikYong masak pada awal pagi.

Pagi ini CikYong memasak brownies untuk dijadikan bekal anak ke sekolah untuk hari2 yang mendatang.

Pada tengahari pula, CikYong memasak ayam masak merah untuk juadah makan tengahari. Ayam masak merah kali ini terlebih pedas pula.

Sebelah petang, CikYong bercadang untuk memulakan lukisan yang baru. Namun ditangguhkan kerana CikYong tidak dapat memastikan saiz lukisan yang lebih sesuai. 

Selepas Asar, anak teruna sulong berjogging bersama dengan kawannya di padang bandaran di pekan. Suami menghantarkan anak ke padang. Pada asalnya, anak merancang untuk berkayuh basikal bersama kawannya ke padang, namun terdapat silap komunikasi antara anak dan kawannya. Rupa2nya kawannya telah tiba di padang bandaran. Makanya, hasrat berbasikal dibatalkan lalu suami hantarkan anak ke padang.

Hari ke-242 perang di Palestine.

Amerika melakukannya lagi. Kali ini ahli kongres telah menyokong usul untuk menghalang ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Israel yang melakukan genocide. Amerika juga telah menandatangi perjanjian baru untuk membekalkan jet pejuang kepada Israel. Telah tiba masanya negara2 di seluruh dunia memutuskan hubungan dengan Israel dan Amerika. Tindakan bersama di antara semua manusia yang bebas di seluruh dunia diperlukan untuk menjatuhkan pengaruh Zionis.

















No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...