Wednesday, 5 June 2024

Hari ke-156 di tahun 2024

 Alhamdulillah syukur kehadrat Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Pagi ini, CikYong menyediakan roti telur dan sandwich telur sahaja. Suami belikan nasi lemak untuk bekal anak2 ke sekolah. CikYong sempat mengikuti pengajian tafsir Surah Yusuf ayat 108 melalui ikim.fm. Perbincangan jalan 'سبيل' yang dituntut untuk diikuti. Usai pengajian tafsir, CikYong menyambung pula pengajian mudarasah hadith ke-9 menggunakan kitab Al Wafi. Perbincangan hari ini berkisar perkara yang di haram termasuklah berkaitan rasuah dan merokok.

Sebelum bersarapan, CikYong meminta suami memeriksa paip di tepi longkang kerana terdapat air yang sentiasa mengalir di longkang. Berkemungkinan adanya bocor kecil di paip yang tertanam di tepi sepanjang longkang yang menyebabkan longkang di tepi rumah ini sentiasa berair dan tidak kering. Suami terpaksa memotong beberapa pohon pokok bunga di tepi rumah untuk memeriksa paip yang tertanam di dalam tanah. 

Usai memeriksa paip, kami bersarapan dengan nasi goreng yang telah CikYong masak. Kemudiannya CikYong dan suami keluar ke pekan. Kami pergi ke perpustakaan untuk memulangkan buku yang di pinjam dan meminjam buku2 yang lain pula. Mantan guru lukisan CikYong sempat menyampaikan hadiah saguhati diorama tempoh hari kepada CikYong.

Seterusnya kami pergi ke rumah bonda untuk menghantarkan lauk pauk yang telah dibeli seperti yang telah di pesan oleh bonda.

Tengahari ini, CikYong hanya memanaskan sup ayam dan memasak nasi. Suami pula belikan ikan keli goreng dan ayam goreng.

Sebelah petang pula, CikYong memulakan bacaan bulu yang baru dipinjam berjudul ‘Memoir Tahanan Palestine’. Koleksi 22 kisah keperitan dan kesengsaraan tahanan Palestine yang di penjara di Isreal. Kisah yang diceritakan oleh tahanan sendiri dan di rakam oleh wartawan2 dari pertubuhan ngo Palestine CPDS (Pusat Pengajian Politik dan Pembangunan Gaza Palestine. Buku ini di sunting oleh seorang aktivis Palestine iaitu Bendahari ngo Viva Palestine iaitu Norma Hashim. Buku ini diterbitkan pada tahun 2015 oleh Saba Islamic Media dan mempunyai 142 mukasurat. Setelah lebih 10 tahun kisah2 yang dikongsikan ini berlaku, namun realitinya kisah2 yang sama dan mungkin lebih teruk sedang di hadapi oleh hampir tahanan Palestine sehingga ke hari dan saat ini.

Kisah2 yang dikongsikan sehingga ke mukasurat terakhir buku ini amat menyayat hati. Kesengsaraan yang tidak tergambarkan atau takut untuk digambarkan apabila dibayangkan keadaan di dalam penjara Israel yang teramat kejam.





 Hari ke-241 perang di Palestine. 

Pengeboman masih berlaku di Gaza. Begitu juga serangan demi serangan turut dilakukan oleh tentera dan pendatang haram Israel terhadap rakyat Palestine di Tebing Barat. Pada masa yang sama, hari demi hari imej Isreal semakin merudum dan dikutuk oleh dunia. Suara2 dari barat telah banyak berubah ke arah sokongan terhadap Palestine. Presiden Amerika masih mencuba membaiki imejnya di mata dunia. Pada masa yang sama, masih lagi membekalkan segala keperluan persenjataan kepada Israel. Semoga Allah membalas segala tindakan kejam mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Amin amin ya rabbal alamin.








No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...