Assalamualaikum.. salam pagi yang masih disinari cahaya matahari.
Sering kali terbitnya matahari saban pagi tidak menjadi sesuatu yang dikagumi. Namun tatkala hanya sekali sahaja, ya hanya sekali, bukan dua, tiga atau beberapa kali, hanya sekali sahaja matahari tidak melakukan rutinnya terbit di timur, ianya akan menjadi satu fenomena yang membuatnya manusia terus melupakan segala urusan dunianya. Itulah saat yang pasti datang suatu hari nanti.
1 Jun bersamaan 23 Dzulkaedah hari Sabtu.
Anak2 CikYong masih lagi bercuti bersempena cuti persekolahan penggal pertama.
Pagi ini selepas subuh, suami CikYong menghantar adiknya (no.3) ke bandar M. Adik ipar CikYong akan menaiki bas ekspress untuk pulang ke kampung isterinya. Isteri dan anak bongsu beliau telah pulang ke kampungnya pada hari Selasa yang lepas dengan memandu sendiri kenderaannya. CikYong juga ikut serta kerana suami akan membawa pulang kereta adik ipar. Suami meminta CikYong menemaninya. Bonda juga turut pergi menemani kami. Anak2 CikYong tidak ikut kerana anak teruna kedua mempunyai kelas tambahan pagi ini di sekolah agamanya.
Sebelum kami bertolak, CikYong sempat menggorengkan telur dadar dan telur mata dan juga membuat air teh. Anak teruna sulong membeli nasi lemak dari gerai nasi lemak yang berdekatan dengan rumah. Hari ini, anak teruna kedua pergi sendiri ke sekolah dengan menunggang basikal.
Usai menghantar adik ipar di stesen bas, kami terus bergerak pulang. Di dalam perjalanan, kami singgah sebentar di perhentian R&R untuk bersarapan pagi.
Setiba di kampung, suami menghantar CikYong balik ke rumah sebelum menghantar bonda dan kereta adik ipar ke rumah bonda. Suami dan bonda singgah membeli nasi lemak untuk anak2 saudara (anak2 adik ipar 3). Kelima2 anak adik ipar tidak mengikut ayahnya pulang ke kampung ibu tiri mereka.
Pada tengahari, kami menghadiri jemputan perkahwinan. Rakan sekampung kami mengadakan majlis perkahwinan anaknya. Usai menghadiri kenduri kahwin, kami terus pula ke rumah kakak sepupu CikYong di kampung berdekatan. Sepupu CikYong mengadakan kenduri aqiqah untuk cucu mereka. Di kenduri tersebut, CikYong berkesempatan bertemu dengan saudara mara yang telah lama kami tidak bertemu. Alhamdulillah di atas rezeki bersilaturahim. Makanan yang disajikan juga sungguh menyelerakan.
Sebelah petang, CikYong menyambung semula lukisan. Hari ini CikYong dapat menyiapkan warna latar belakangnya.
Selepas asar, kami sekeluarga keluar dan pergi ke kawasan tempat letak kereta yang terletak berdekatan dengan sungai. Kawasan tersebut ahak lengang membolehkan suami mengajar anak teruna sulong cara2 memandu kereta. Ketika anak teruna sulong mencuba memandu, hanya suami yang menemaninya di dalam kereta, sementara CikYong dan anak teruna kedua menunggu di tepi kawasan tempat letak kereta tersebut. Kami tidak lama berada di situ kerana hujan telah mula turun. Walau bagaimanapun, dapatlah juga anak teruna sulong mencuba memandu sekitar kawasan tersebut di dalam kira2 sepuluh pusingan.
Hari ke-238 perang di Palestine. Sokongan dunia terhadap Israel semakin berkurangan. Tekanan demi tekanan dikenakan oleh pelbagai pihak terhadap Israel agar menghentikan pembunuhan kejam yang dilakukannya terhadap rakyat Palestine. Israel masih bertahan dengan pendirian mereka untuk tetap menyerang Palestine hanyalah disebabkan sokongan oleh Amerika dan negara sekutunya termasuklah Britian, Jerman & Australia. Pada masa yang sama, bertambahnya negara yang mengiktiraf Palestine dan kuga bertambah negara yang turut serta bersama Afrika Selatan membawa kes Israel kepada pengadilan antarabangsa. Semoga Allah kurniakan kemenangan buat Palestine dan rakyat merdeka seluruh dunia dan kehancuran buat Israel dan sekutu2nya.
Amin amin ya rabbal alamin.





No comments:
Post a Comment