Alhamdulillah di atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt kepada hambaNya yang selalu tersilap di dalam menentukan arah tuju.
21 Jun bersamaan 14 Dzulhijjah hari Jumaat mubarokah.
Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Hari ini merupakan hari pertama peperiksaan pertengahan tahun buat anak teruna kedua CikYong. Hari ini terdapat peperiksaan Bahasa Melayu dan Pendidikan Kesihatan.
Seawal pagi CikYong menyediakan bekal untuk anak2 ke sekolah iaitu pulut dan kari bersama telur rebus. Sandwich telur sebagai bekal tambahan.
CikYong ikuti pengajian tafsir Surah Fussilat ayat 6&7. Usai pengajian tafsir, CikYong ikuti pula mudarasah hadith ke-9.
Sarapan pagi CikYong dan suami merupakan roti canai yang dipanaskan bersama gulai daging yang juga dipanaskan.
Hari ini pokok bunga Zephyr lily berbunga banyak. Seronok CikYong melihatnya setelah sekian lama tidak berbunga sebanyak ini.
Di tengahari, CikYong menggoreng ikan kembung dan memasak ayam masak merah. CikYong berkesempatan juga mengikuti MyQurantime di fb live sambil memasak.
Di sebelah petang, CikYong menyambung bacaan buku berjudul ‘Teh Tarik Kurang Manis’ yang ditulis oleh Abdul Jalil Ali.
Di sebelah malam pula, CikYong menyambung kerja rumah kelas bahasa arab untuk pelajaran ke-6 sebelum CikYong melelapkan mata.
Hari ke-258 perang di Palestine 🇵🇸.
Semakin banyak berita perihal rakyat Palestine yang ditahan tanpa dibicarakan di penjara2 Isreal. Berita kematian seorang Pengarah Hospital Dr Eyad Al Rantisi menggemparkan lagi nasib2 rakyat Palestine yang ditahan. Kematian Dr Eyad seminggu setelah beliau di culik oleh tentera Israel di dalam bulan November 2023 yang lalu, menggambarkan siksaan yang di lakukan terhadap tahanan2. Semoga Allah kurniakan kekuatan buat semua rakyat Palestine yang sedang di tahan oleh pihak Israel dan diganjari dengan syurga firdaus. Amin amin ya rabbal alamin.








No comments:
Post a Comment