Saturday, 15 June 2024

Hari ke-166 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi Jumaat yang diberkati. Semoga hari ini menjadikan diri ini seorang hamba yang taat kepada perintah dan laranganNya. Amin amin ya rabbal alamin.

14 Jun bersamaan 7 Dzulhijjah hari Jumaat.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Namun anak teruna kedua tidak hadir ke sekolah hari ini kerana selsema.

Hari ini, CikYong dan anak2 berpuasa sunat Dzulhijjah untuk hari ke-7. Hari ke-6 buat anak2 CikYong. Kami bersahur nasi dan ayam masak merah. Untuk anak teruna kedua pula, CikYong buatkan cucur kembung.

Pengajian tafsir di ikim.fm pagi ini memulakan surah Fussilat. Sinopsis surah dikongikan di dalam pembincangan hari ini. Mudarasah hadith 40 An Nawawi menggunakan kitab Al Wafi syarah hadith 40. Perbincangan masih lagi berkaitan hadith ke-9 memperkatakn perihal larangan perlu diberi lebih perhatian berbanding suruhan. 

Pagi ini CikYong juga mengikuti kelas ulangkaji bahasa arab bersama ustazah. Pembelajaran hari ini mengenai nahu. Pada tengahari, CikYong mengikuti MyQurantime di fb live. Tadabbur hari ini merangkumi ayat 65&67 mengambil pengajaran daripada kisah nabi Hud a.s. dengan kaumnya. 

Di sebelah pagi, CikYong sempat menyambung sedikit lukisan. CikYong cuba memperincikan bahagian kelopak2 bunga agar warnanya menghampiri warna seperti di dalam gambar.

Sebelah petang, CikYong membawa anak teruna kedua ke klinik kesihatan untuk mendapatkan permeriksaan doktor berkaitan selsemanya yang agak serius. Oleh kerana ubat untuk selsema yang telah diberikan oleh ENT kurang berkesan, doktor telah menyarankan agar dicuba ubat dari jenis yang lain. Namun ubat tersebur perlu dibeli sendiri dari farmasi di luar disebabkan klinik farmasi tidak membekalkannya.

Selepas Asar, CikYong masuk ke dapur untuk menyediakan juadah ringkas untuk berbuka puasa. CikYong hanya menumis sayur sawi dan menggoreng ayam tepung. Ayam masak merah, daging masak merah dan gulai lemak cili padi dari peti ais, CikYong panaskan sahaja. Alhamdulillah di atas rezeki makanan yang dikurniakan.

Sebelah malam pula, CikYong sempat menghantar kerja rumah bahasa arab yang masih berbaki kepada ustaz melalui telegram.

Hari ke-251 perang di Palestine.

Kebuluran buatan manusia di Gaza telah mengakibatkan ramai kanak2 menjadi korban disebabkan kebuluran. Kanak2 menjadi mangsa perang yang mengakibatkan terdapat yang terkorban, cedera, trauma, keciciran pembelajaran, pengidap pelbagai penyakit akibat persekitaran yang terlampau teruk intuk di diami.



Peraturan tidak logik oleh kerajaan Israel yang melarang rakyat Palestine mengadakan sambutan menyambut pembebasan rakyat Palestine daripada kurungan Israel 


Sokongan tidak berbelah bagi rakyat dan kerajaan Yaman menyokong pembebasan Palestine


Kekejaman tentera Israel di Gaza berterusan




No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...