Saturday, 29 June 2024

Hari ke-179 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi yang indah dan diberkati Allah. Semoga sesuatu yang baik dapat dilakukan pada hari ini melebihi keburukan yang ingin dielakkan.

Hari Khamis 27 Jun bersamaan bersamaan 20 Dzulhijjah.

Di awal pagi, CikYong menyediakan pulut dan kari untuk dijadikan bekal anak2 ke sekolah. Sandwich telur juga disediakan sebagai bekal tambahan.

Hari peperiksaan buat kedua2 anak CikYong. Peperiksaan kertas bahasa arab buat anak teruna sulong sementara anak teruna kedua pula mempunyai peperiksaan kertas Sains dan Pengajian Islam.

Demam anak teruna sulong telah sedikit kebah. Semoga dipermudahkan anak2 CikYong dalam menjawab soalan peperiksaan mereka.

Di sebelah pagi, CikYong ikuti pengajian tafsir di ikim.fm. Hari ini perbincangan menjurus kepasa ayat 10 surah Fussilat yang menyentuh perihal kejadian gunung ganang di awal penciptaannya. Seterusnya CikYong ikuti mudarasah perbincangan hadith ke-9 di bahagian soalan bersifat fardu kifayah. CikYong juga mengikuti kelas bahasa arab bersama ustazah pada sebelah pagi. Pada tengahari pula, CikYong ikuti MyQurantime di fb live. Tadabbur ayat 90-92 surah Al A’raf perihal kisah nabi Shiub a.s. bersama pembesar2 kaumnya.

Di sebelah petang seusai suami menghantar anak teruna kedua ke sekolah petangnya, kami keluar ke pekan. Kami berkunjung ke perpustakaan awan di pekan. Bermula semalam telah diadakan pameran seni dan arca selama dua minggu. Apa yang menarik dan mengujakan adalah sebanyak empat belas buah lukisan CikYong turut dipamerka di situ. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang mengizinkan sesuatu itu berlaku.

Terdapat banyak hasil2 seni lain yang dipamerkan. CikYong mengambil kesempatan untuk mewar2kan keberadaan pameran tersebut kepada saudara dan kenalan terdekat. CikYong menjemput mereka untuk datang berkunjung ke pameran tersebut. 

Hari ke-264 perang di Palestine 🇵🇸.

Sesungguhnya keimanan rakyat Palestine di Gaza menjadi contoh terbaik di zaman kini. Di tengah kekalutan umat Islam mencari identiti Islam yang sebenar, rakyat Palestine menunjukkan contoh. Keutuhan mereka bergantung hanya kepada Allah patuh dijadikan pedoman. Kekuatan fizikal dan mental mereka boleh mengalahkan kejahatan yang berleluasa di dunia. Semoga Allah membalas perjuangan mereka yang terpilih dengan syurga yang tertinggi. Amin amin ya rabbal alamin.










No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...