Assalamualaikum pagi yang indah dan diberkati. Semoga hari ini dan hari2 yang mendatang membawa kebaikan kepada diri, keluarga, umat Islam dan masyarakat keseluruhannya. Amin amin ya rabbal alamin.
13 Jun bersamaan 6 Dzulhijjah hari Khamis.
Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Hari ini anak teruna sulong perlu menghadiri taklimat kooperasi di PPD dari pukul 8 pagi hingga ke 5 petang. Beliau perlu hadir bersama seorang lagi pelajar tingkatan 4 seperti yang telah diarahkan oleh guru sekolahnya.
Oleh kerana itu, anak2 CikYong tidak berpuasa sunat pada hari ini. Anak teruna kedua berasa kurang sihat kerana selsema menyebabkan beliau turut tidak berpuasa pada hari ini. Hanya CikYong seorang sahaja yang berpuasa.
Pengajian hari ini dimulakan dengan tafsir Surah Yusuf ayat terakhir. Setelah itu, mudarasah hadith ke-9 berkaitan perkara yang susah pada seseorang tidak membolehkan sesuatu perintah itu dimudahkan. CikYong juga mengikuti kelas bahasa arab bersama ustazah. Pengajian hari ini memasuki bab baru yang merupakan bab terakhir. CikYong juga mengikuti pengajian tadabbur di MyQurantime melalui fb live. Perbincangan dan tadabbur surah Al A’raf ayat 61-64 adalah berkaitan kisah nabi Nuh a.s. CikYong juga mengikuti kupasan surah As Syuraa sambil CikYong melukis. Pada sebelah malam, CikYong membuat latihan bahasa arab untuk pelajaran ke-4 yang baru sahaja ustaz telah letakkan di dalam grp telegram.
Hari ini CikYong banyak menggunakan masa mengadap lukisan. Akhirnya CikYong dapat menyiapkan lukisan namun daripada cadangan anak teruna kedua, CikYong perlu membuat penambahbaikan pada bahagian bunga. Mungkin akan memakan masa seminggu lagi untuk menyiapkannya.
Untuk makan tengahari, CikYong masakkan ayam masak merah untuk anak teruna kedua. Anak teruna sulong pula makan tengahari yang telah disediakan di PPD. Anak teruna sulong pulang dari program usahawan pada lewat petang.
Pada sebelah malam, anak2 tertidur awal mungkin disebabkan keletihan seharian bersekolah.
Hari ke-250 perang di Palestine 🇵🇸.
Usul genjatan senjata masih tidak tahu keberjayaannya. Kedua2 pihak masih tidak ketemu titik persetujuan. Amerika tetap mempertahankan Israel. Amerika cuba menjadi pendamai walaupun telah nyata ia menyebelahi Israel. Amerika cuba menjadi pengaman dunia walau hakikatnya ia merupakan punca dunia berantakan. Ironinya menteri dari kerajaan Malaysia masih mahu bersalaman dengan Setiausaha Kerajaan Amerika. Tangan yang ditaut itulah merupakan tangan2 yang penuh dengan darah anak2, wanita2 dan pejuang2 Palestine.
Serangan masih berlanjutan. Serangan di Tebing Barat semakin bertambah. Menurut berita terbaru, enam orang pemuda Palestine telah di bunuh oleh Israel. Semakin ramai rakyat Palestine di tahan tanpa di bicarakan. Semoga Allah kurniakan kekuatan dan pengampunan buat semua umat Islam. Amin amin ya rabbal alamin.














No comments:
Post a Comment