Saturday, 29 June 2024

Hari ke-180 di tahun 2024

 Assalamualaikum Jumaat yang penuh keberkatan. Semoga kebaikan mengatasi keburukan buat diri, keluarga m, masyarakat dan seluruh semua umat Islam di mana jua berada.

Hari Jumaat 28 Jun bersamaan 21 Dzulhijjah.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Hari terakhir peperiksaan pertengahan tahun buat anak teruna kedua CikYong. Hari ini beliau menjalani peperiksaan kertas Sejarah dan Pendidikan Jasmani. Anak teruna sulong pula menyertai soal selidik kaunseling yang di adakan di sekolahnya.

Pengajian tafsir dan mudarasah hadith 40 An Nawawi mengisi masa awal pagi CikYong. Di tengahari, CikYong mengikuti MyQurantime di fb live. Di sebelah petang pula, CikYong ikuti rakaman kuliah kisah Saidina Abu Bakar As Siddiq. Di sebelah malam, CikYong menyambung kerja rumah kelas bahasa arab.

Usai suami menghantar anak2 ke sekolah, CikYong dan suami keluar berbasikal. Rupa2nya hampir sebulan CikYong tidak berbasikal. Maka, hari ini CikYong memulakan kembali berkayuh. Kami berkayuh di laluan yang biasa sahaja.

Setiba di rumah selepas selesai berkayuh, kami bersarapan dengan nasi lemak. CikYong memasak nasi lemak seawal pagi sebagai bekal anak2 ke sekolah. 

Tidak lama selepas kami bersarapan. tiba2 tiada air keluar dari paip2 air di rumah CikYong. Kami menunggu sehingga tengahari, namun air masih lagi tiada. Setelah suami bertanya kepada jiran dan mak suadara yang tinggal berdekatan, barulah kami sedari bahawa hanya rumah kami sahaja yang ketiadaan air.

Selepas solat Jumaat, suami menelefon hotline pengurusan air. Petugas bahagian hal2 kecemasan bantuan air tiba pada lewat petang dan mereka membaiki bahagian tertentu di meter air. Alhamdulillah air telah kembali ada. Namun setelah kira2 sejam selepas petugas tersebut pulang, kejadian bekalan air terputus berulang sekali lagi. Apabila suami menelefon semula petugas untuk memaklumkam masalah tersebut, petugas tidak dapat datang semula kerana telah melewati waktu berkerja. Mereka hanya akan datang pada esok pagi.

Alhamdulillah pada malamnya, terdapat air mengalir halus daripada paip2 air. Dapatlah juga kami mengambil wuduk menggunakan air yang mengalir dari paip2.

Hari ke-265 perang di Palestine 🇵🇸.

Keperitan kehidupan rakyat Palestine masih berterusan. Kesedihan demi kesedihan bertambah apabila orang tersayang terkorban. Kecederaan mangsa2 pengeboman dan runtuhan bangunan yang dihancurkan oleh Isreal terasa tidak tertanggung oleh yang melihatnya. Azab mereka yang ditahan oleh Isreal dan di tempatkan di penjara juga tidak terperi kesengsaraannya. Hanya kepada Allah tempat kami memohon agar kami dilimpahi kekuatan iman, mental dam fizikal untuk teguh di jalan jihad fisabilillah. Amin amin ya rabbal alamin.








No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...