Alhamdulillah di atas segala nikmat yang dikurniakan. Semoga sesuatu yang baik dapat dizahirkan daripada nikmat2 yang dikecapi. Amin amin ya rabbal alamin.
Hari Sabtu 29 Jun bersamaan 22 Dzulhijjah.
Hari cuti hujung minggu buat anak2 CikYong. Namun anak teruna kedua mempunyai kelas tambahan di sebelah pagi dan sebelah malam. Kedua2 kelas dikelolakan oleh ustaz dan ustazah sekolah agama. Kelas sebelah pagi merupakan percuma sementara pada sebelah malam adalah berbayar.
Pagi ini air di rumah CikYong masih lagi tidak seperti biasa. Selepas waktu pejabat, petugas dari Lembaga Air tiba untuk membaiki di bahagian meter air yang menyebabkan aliran air tersekat. Alhamdulillah selepas dibaiki, aliran air kembali normal.
Pagi ini kami bersarapan dengan nasi lemak yang dibeli oleh suami. CikYong hanya masuk ke dapur pada tengahari untuk menyediakan juadah makan tengahari. Menu hari ini merupakan ayam masak bali. Inilah kali pertama CikYong memasak menu ini. Adik ipar selalu memasak menu ini dan anak2 juga menggemarinya. Di atas permintaan anak2, hari ini CikYong mencubanya. CikYong juga menbuat soft cookies juga di atas permintaan anak2.
Hari ini CikYong menyambung kembali melukis. CikYong membuat touch up kepada lukisan bunga mawar. CikYong cuba membaiki serba sedikit agar ianya lebih menghampiri gambar sebenar.
Sebelah petang, CikYong membawa anak teruna kedua ke perpustakaan. Anak CikYong ingin melihat pameran seni dan juga lukisan CikYong yang dipamerkan. Anak teruna sulong tidak ikut serta kerana beliau ingin mengulangkaji pelajarannya. Minggu hadapan merupakan minggu peperiksaan buat anak teruna sulong CikYong.
CikYong menyambung bacaaan kompilasi komik kartunis arwah Petai.
Perang di Palestine telah memasuki hari ke-266.
Kisah yang menyayat hati perihal satu keluarga yang mencari ayah mereka di kawasan di mana tentera Israel telah pun berundur. Malangnya, apa yang mereka temui hanyalah kaki ayah mereka manakala badan dan kepalanya telah hancur di lanyak oleh jentolak atau kereta kebal Israel. Hari demi hari kekejaman Israel semakin menjadi-jadi. Seolah-olah mereka melakukan perkara yang betul padahal ianya terang2 bertentangan dengan naluri manusia. Semoga Allah membalas perbuatan mereka jika itu adalah terbaik buat mereka. Ya Allah kurniakanlah kekuatan buat saudara kami di Palestine dan juga buat semua umat Islam dalam melalui ujian yang begitu berat ini. Amin amin ya rabbal alamin.




No comments:
Post a Comment