Friday, 21 June 2024

Hari ke-170 di tahun 2024

 Hari Tasyrik ke-2 11 Dzulhijjah bersamaan 18 Jun hari Selasa.

Hari raya ke-2. Hari ini diadakan program korban yang CikYong sertai dan diadakan di surau berdekatan dengan rumah bonda. CikYong tidak hadir menyaksikan korban tersebut. CikYong hanya mewakilkan kepada suami CikYong untuk membantu melapah dan memotong daging2.

Pagi ini CikYong bersama2 kakak dan adik sibuk di dapur menyediakan juadah sarapan. CikYong sempat juga membakar Cheesetart untuk anak2 saudara. Begitu juga dengan membakar soft cookies dan mengajarkannya kepada anak2 saudara akan cara2 membakarnya. Alhamdulillah diatas kesempatan yang diberikan. 

Di tengahari, kakak dan keluarga bersiap2 untuk pulang. CikYong bungkuskan serba sedikit makanan untuk dibawa pulang oleh kakak. Semoga Allah kurniakan kesempatan buat kakak dan keluarga untuk pulang lagi di masa akan datang. InsyaAllah.

Hari ini, anak2 dan anak2 saudara masih bersemangat bermain badminton seharian di kala hujan dan panas tidak menjadi halangan buat mereka.

Di tengahari, adik ipar memasak sup tulang kaki. CikYong masakkan nasi dan panaskan gulai daging yang masih berbaki.

Di lewat  petang, CikYong dan adik2 menziarahi kubur arwah mak dan abah.

Selepas Maghrib, CikYong gorengkan dua ekor ikan siakap yang telah dibawa oleh adik ipar. Tom yam yang masih berbaki dari kelmarin, CikYong panaskan. Anak2 dan anak2 saudara sungguh berselera menjamu selera. 

Usai makan malam, adik bongsu dan keluarganya mula beransur pulang ke ibukota. Selepas Isya’, adik (no.4) dan keluarganya pula menyusul pulang. 

Akhirnya rumah CikYong kembali sunyi. Hanya tinggal kami berempat sahaja. Sebelum melabuhkan badan, CikYong mengemas setba sedikit rumah.

Perang di Palestine memasuki hari ke-255.

Serangan bom masih berterusan di pelbagai tempat di Gaza. Kematian rakyat Palestine semakin meningkat di Tebing Barat. Penangkapan rakyat Palestine di Tebing Baeat juga semakin meningkat. Pada masa yang sama, kesan tindakan diluar batasan kemanusiaan secara tanpa sedar telah mula meresap ke dalam jiwa2 kosong pelakunya. Tindakan mereka sendiri yang mematikan jiwa dan perasaan mereka dari dalam. Begitu juga di peringkat kerajaan dan negara Israel itu sendiri, kemusnahan entiti Isreal dilakukan oleh tangan mereka sendiri. Mereka sendiri yang merosakkan imej mereka sendiri di mata dunia. Semoga Allah kurniakan kemusnahan terhadap golongan yang zalim. Amin amin ya rabbal alamin.









No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...