Friday, 21 June 2024

Hari ke-169 di tahun 2024

 Eid Mubarak!

10 Dzulhijjah bersamaan 17 Jun hari Isnin.

Alhamdulillah Allah izinkan CikYong dan semua umat Islam di seluruh dunia berkesempatan meraikan AidilAdha bagi tahun 1445H. Walau ditimpa pelbagai kepayahan dan kesulitan seperti di Palestine, namun hari yang teristimewa ini tetap diraikan mengikut kemampuan yang berpada. 

Sesungguhnya setiap kesenangan dan kepayahan itu adalah merupakan ujian dari Allah swt. Setiap muslim perlu membawa dirinya kembali kepada Allah melalui ujian2 yang didatangkan.

CikYong dan adik CikYong bersolat raya di masjid yang berhampiran. Suami bersama anak2 dan anak saudara pergi ke masjid dengan menaiki kereta. Sementara CikYong dan adik, kami berjalan kaki ke masjid. Usai solat raya, di ketika kami menyelusuri jalan menghampiri rumah, kelihatan kereta kakak CikYong baru tiba di rumah. Kakak dan keluarga telah bertolak awal pagi dari rumah mereka untuk sampai ke kampung seawal pagi ini. 

Keluarga besar CikYong terdiri daripada adik beradik, ipar duai dan anak2 bersarapan pagi bersama2. Mereka yang tidak ada di pagi raya adalah abang sulong dan anak daranya yang tidak pulang beraya pada kali ini. Suami kedua2 adik CikYong yang akan pulang pada petang hari ini setelah mengerjakan korban di ibukota. Kakak turut membawa ketupat segera, kuah kacang dan rendang ayam. Di rumah CikYong telah kami sediakan rendang ayam dan lemang yang dibeli.

Usai bersarapan, kami mengadakan pula sesi bergambar seisi keluarga.

Pada tengahari kami semua pergi berhari raya di rumah bonda. Di rumah bonda hanya terdapat adik ipar (no. 6) dan adik bongsu (no.8). Adik beradik yang lain tidak pulang berhari raya. Kami disajikan dengan lontong, rendang daging, lemang, ayam masak merah.

Pada sebelah petang, seperti yang CikYong janjikan kepada anak saudara, CikYong bantu anak saudara menyediakan doh soft cookies. Kali ini kami membuat bancuhan sebanyak dua kali ganda dari yang sebelumnya. 

Anak2 dan anak2 saudara begitu bersemangat bermain badminton tanpa mengira masa. Di kala matahari panas memancar di petang hari sehingga menghampiri waktu maghrib.  Begitu juga di kala waktu malam sehingga ke lewat malam menghampiri ke tengah malam.

Di waktu menghampiri Maghrib, adik2 ipar (suami adik no.4&5) tiba dari ibukota. Mereka membawa bersama mereka seperiuk besar nasi beriani dan gulai daging, acar timun dan juga daging korban.

Kami sekeluarga besar beramai2 menjamu juadah istimewa tersebut sebagai makan malam. Suasana meriah dapat dirasakan apabila kami dapat berkumpul beramai2. 

Oleh kerana begitu banyak nasi beriani dan juga daging korban, CikYong membungkuskannya kepada bungkusan plastik yang lebih kecil. Anak2 dan anak2 saudara telah membantu mengedarkannya kepada kejiranan yang berdekatan. Alhamdulillah semunya selesai diagihkan dan tiada pembaziran.

Hari ke-254 di perang Palestine.

Kerajaan Isreal telah membubarkan kabinet perangnya setelah dibentuk di ketika awal perang lapan bulan yang lalu. Pembubaran dilakukan setelah beberapa orang pegawai tertinggi tentera mereka telah meletak jawatan. Bibit2 keruntuhan Israel telah mula kelihatan. Semoga Allah menghancurkan musuh Allah sehancu2nya. Amin amin ya rabbal alamin.






No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...