Tuesday, 4 June 2024

Hari ke-155 di tahun 2024

 Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Allah Maha Pengatur yang mengaturksn segala kejadian alam.

4 Jun bersamaan 25 Dzulkaedah hari Isnin.

Anak2 masih lagi bercuti sekolah bersempena cuti umum sempena hari keputeraan duli yang maha mulia yang di pertuan agong.

Alhamdulillah masih lagi berkesempatan mengikuti pengajian tafsir Surah Yusuf ayat 106. Perbincangan orang2 musyrik yang beriman kepada Allah tetapi pada masa yang sama menyembah berhala2 yang terdapat di sekeliling kaabah. Mereka mengharapkan berhala2 tersebut boleh menyampaikan hajat mereka kepada tuhan yang sebenar.

CikYong menyambung pula mengikuti mudarasah hadith ke-9 dari syarah kitab Al Wafi. Pengajian masih berkisar maksud hadith ke-9.

Oleh kerana kami sekeluarga ingin keluar berbasikal awal pagi, CikYong terus menyambung mendengar mudarasah sambil berkayuh. Kami berkayuh berempat menuju ke padang bandaran di pekan. Setelah berkayuh mengelilingi sebahagian pekan dan padang, kami singgah di medan selera untuk bersarapan. Kami memesan bihun sup untuk anak teruna sulong, roti canai untuk anak teruna kedua, nasi lemak untuk CikYong dan suami.

Usai bersarapan, kami berkayuh pulang ke rumah. Diharapkan kami direzekikan untuk berbasikal bersama2 lagi di lain masa yang akan datang. InsyaAllah.

Setiba di rumah, CikYong menyambung lukisan dan akhirnya tiba ke titik penamat dalam menyiapkan lukisan bunga matahari. Walaupun CikYong merasa masih perlu diperbaiki sedikit lagi, namun CikYong menetapkan untuk berpuas hati dengan apa yang ada.

Untuk makan tengahari, CikYong menyediakan sup ayam, sayur kobis tumis dan ayam goreng tepung. CikYong juga mengikuti siaran MyQurantime dicdv live sambil CikYong memasak di dapur. Kami menikmati juadah tengahari bersama selepas Zohor. Alhamdulillah di atas rezeki makanan yang dikurniakan.

Sebelah petang, CikYong menyambung bacaan dan CikYong telah melengkapkan bacaan untuk buku berjudul ‘Kendera kehidupan’ dan ‘Membongkar Serangan Orientalisme’.

Selepas Asar, anak teruna kedua sibuk menyiapkan kerja seni yang perlu dihantar pada esok hari.

Perang di Palestine telah memasuki hari ke-240.

Saban hari video2 yang menggugat perasaan kemanusiaan dikongsikan di media2 sosial. Walau pun begitu, masih ada lagi insan2 yang tidak terkesan dengan apa yang terjadi di Palestine 🇵🇸. CikYong cuba menyelami isi hati mereka yang tidak mempunyai perasaan sedih, marah, simpati, geram apabila membaca kisah2 yang dikongsikan dari Palestine. Pada masa yang sama, CikYong memanjatkan kesyukuran terhadap rahmat dan rahim Allah yang memegang hati2 ini agar mempunyai perasaan ingin membantu saudara seagama yang diuji di bumi Palestine. Sesungguhnya terpancar keteguhan iman2 mereka yang menjadi contoh bust umat Islam di seluruh dunia di zaman ini. Hanya kepada Mu ya Allah tempat kami bergantung dan berharap. Lindungilah saudara2 kami di Palestine, Sudan dan di mana2 sahaja. Amin amin ya rabbal alamin.













No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...