Thursday, 13 June 2024

Hari ke-164 di tahun 2024

 Assalamualaikum hari yang diberkati. Semoga hari ini bertambah kebaikan dan berkurangan kejahatan.

12 Jun bersamaan 5 Dzulhijjah hari Rabu.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong.

Hari ke-5, CikYong dan anak2 berpuasa sunat Dzulhijjah.

Sahur pagi ini kami menikmati menu yang sama seperti semalam. Nasi goreng untuk CikYong dan anak teruna sulong sementara cucur kembung buat anak teruna kedua.

Pengajian menerusi rancangan tafsir di radio ikim.fm dan mudarasah melalui fb live menjadi pengisian buat CikYong di awal pagi. Tafsir ayat terakhir ayat 111 surah Yusuf merupakan pengisian hari ini. Perbincangan berkaitan perkataan ‘عبرة'. Mudarasah membincangkan kaedah fekah ‘yang mudah tidak akan gugur dengan sebab yang payah’ (يسقط الميسور بالمعسور).

Pagi ini CikYong menyambung lagi mendobi cadar, satung bantal dan kain2 yang lain.

CikYong menyambung lukisan dan dapat menyiapkan kuntuman bunga ros yang kedua. Hanya tinggal bahagian latar belakang yang perlu disiapkan.

Di tengahari, CikYong mengikuti rancangan MyQurantime melalui fb live. Tadabbur hari ini merupakan kisah dakwah nabi Nuh di dalam ayat 58-60 surah Al A’raf.

Sebelah petang, CikYong menyambung sedikit lagi lukisan dengan mula mewarnakan bahagian latar belakang. 

Sebelah petang, anak teruna sulong keluar berkayuh basikal dengan rakannya. Di dalam separuh perjalanan kayuhan, hujan renyai telah pun turun, namun mereka teruskan juga kayuhan.

Anak teruna kedua masih lagi sibuk memasang legonya. Setelah pulang dari sekolah, beliau akan mengadap lego2nya yang memenuhi lantai di ruang tengah rumah.

CikYong hanya menggoreng ikan, memasak nasi dan memanaskan gulai cili padi udang yang berbaki dari semalam. Suami belikan ayam goreng, sup sayur dan daging masak merah sebagai lauk tambahan. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang mengurniakan rezeki makanan.

Sebelah malam, CikYong membuat kerja rumah bahasa arab dan juga mencetak nota bahasa arab untuk kelas pada esok hari.

Hari ke-249 perang di Palestine.

Keutuhan rakyat Palestine untuk kekal mempertahankan tanahair mereka dan kesabaran yang tinggi amat mengagumkan masyarakat dunia. Maka tidak hairanlah akan banyaknya demonstrasi diadakan oleh penyokong2 Palestine di serata dunia. Para pejuang Palestine teguh melawan penjajah Israel di lapangan. Mereka tidak meminta mana2 tentera dari negara lain datang membantu. Mereka mahu melawan sendiri tentera penjajah. Apa yang mereka harapkan daripada masyarakat dunia adalah agar memberi tekanan kepada kerajaan Israel dan negara2 sekutunya. Satu perkara yang dapat dilihat, peperangan Tufan Al Aqsa telah berkembang daripada penentangan Palestine terhadap penjajah kepada penentangan oleh masyarakat global mempertahankan kemanusiaan daripada dihancurkan oleh kuasa2 besar yang menguasai segala aspek kehidupan manusia di zaman ini. Semoga Allah kurniakan kekuatan buat semua pejuang kemanusiaan. Amin amin ya rabbal alamin.










No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...