Assalamualaikum hari tasyrik ke-3.
12 Dzulhijjah bersamaan 19 Jun hari Rabu.
Hari persekolahan buat anak2 CikYong.
Pagi ini agak sukar anak2 untuk bangun pagi. Setelah empat hari bercuti dan mungkin kepenatan yang membuatkan anak2 liat untuk bangun awal sehingga tidak sempat berjemaah subuh di masjid.
CikYong masakkan nasi lemak untuk dijadikan bekal ke sekolah hari ini. Sandwich telur sebagai bekal tambahan. Suami belikan bihun goreng sebagai bekal tambahan anak teruna kedua kerana beliau pulang lewat dari sekolah pada hari ini.
CikYong dan suami bersarapan dengan roti canai yang masih berbaki di dalam peti ais.
Hari ini CikYong menyambung kembali mengikuti pengajian tafsir di ikim.fm dan juga mudarasah hadith 40 di fb live. CikYong juga mengikuti kelas ulangkaji bahasa arab bersama ustazah. Di tengahari, CikYong ikuti pula program MyQurantime di fb live.
Anak teruna sulong pulang awal dari sekolah kerana terdapat program korban di sekolahnya. Sekolahnya turut menyediakan pek makanan merupakan nasi dan gulai daging kepada semua pelajar.
Hari ini CikYong menyambung serba sedikit mengemas rumah. CikYong juga membuat mufin untuk dijadikan bekal anak teruna kedua ke sekolah petangnya.
Di sebelah malam, CikYong membuat kerja rumah kelas bahasa arab yang tertangguh semasa hari raya yang lalu.
Hari ke-256 perang di Palestine.
Di samping kesengsaraan yang di lalui oleh rakyat Palestine yang dijajah, sebenarnya pihak penindas dan penjajah Isreal juga melalui kepayahan. Semakin ramai tenteranya memerlukan bantuan psikologi. Terdapat ramai tenteranya juga kehilangan upaya dan terbunuh. Di saat2 genting sekarang ini, pihak yang mempunyai daya tahan yang tinggi akan menjadi penentu dalam mencapai kemenangan. InsyaAllah.






No comments:
Post a Comment