Friday, 21 June 2024

Hari ke-172 di tahun 2024

 Assalamualaikum hari yang tiba dengan penuh keberkatan.

20 Jun bersamaan 13 Dzulhijjah hari Khamis. Hari terakhir hari Tasyrik. 

Hari persekolahan buat anak2 CikYong.

Hari ini anak2 ke sekolah dengan berbekalkan nasi lemak yang dibeli oleh suami. Bekal tambahan merupakan sandwich telur dan buah lai.

Pengajian tafsir surah Fussilat ayat 1-6 di ikim.fm. Perbincangan berkaitan bahasa arab sebagai bahasa Al Quran.

Mudarasah hadith ke-9 dari kitab Al Wafi. Mudarat di dahului daripada manfaat.

CikYong dan suami bersarapan roti canai yang dipanaskan dari peti ais.

Kelas bahasa arab bersama ustazah berjalan seperti biasa pada setiap hari Khamis. 

Di tengahari pula, CikYong ikuti pengajian MyQurantime di fb live. CikYong memasak juadah tengahari sambil mendengar tadabbur ayat 76-78 Surah Al A’raf perihal kaum nasi Saleh a.s. dan unta. Hari ini CikYong hanya menumis kobis dan menggoreng ikan kembung dan ayam tepung.

Sebelah petang, CikYong dan suami keluar ke pekan untuk membeli beberapa keperluan rumah. Kami juga singgah di perpustakaan untuk memulangkan dan meminjam buku.

Pada sebelah malam, CikYong menyambung kerja rumah kelas bahasa arab. Anak2 pula tidur lebih awal daripada kebiasaannya.

Hari ke-257 perang di Palestine.

Israel menuju kemusnahan. Peperangan yang sengaja di lanjutkan oleh Israel hanya membawa kepada kekalahan demi kekalahan yang akhirnya akan menjatuhkan Israel dan entiti Zionist. Semoga Allah merahmati segala usaha para pejuang dalam menentang penjajahan oleh laknatullah.
















No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...