Saturday, 8 June 2024

Hari ke-159 di tahun 2024

Assalamualaikum pagi Jumaat yang diberkati. Semoga setiap nadi yang berdenyut, setiap nafas yang di hembus, setiap sel darah yang mengalir, setiap makanan yang di cerna, setiap otot yang mengecut dan meregang, setiap tulang yang bergerak, setiap isyarat yang di hantar ke otak, setiap imej yang di lihat, setiap bunyi yang di dengar, semuanya dapat membawa seketul hati ini menemui jalan yang lurus. Amin amin ya rabbal alamin.

7 Jun bersamaan 29 Dzulkaedah hari Jumaat mubarokah.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong.

Pagi ini CikYong menyediakan nasi goreng, lempeng gulung telur, telur hancur dan sandwich telur. Hari ini banyak pula menu berasaskan telur.

CikYong menyambung lagi pengajian Surah Yusuf ayat ke-109. Masih lagi di dalam perbincangan kriteria seorang nabi dan rasul. Setelah itu, CikYong terus menyambung mengikuti pengajian mudarasah perbincangan hadith ke-9 dari kitab Al Wafi syarah hadith 40 An Nawawi. Perbincangan berkaitan perintah sunat iaitu tidak wajib, apabila melakukannya diberi pahala. Tidak dihukum jika meninggalkannya.

Suami belikan sarapan nasi lemak dan bihun goreng. Usai bersarapan, CikYong mengikuti kelas bahasa arab ulangkaji bersama ustazah. Hari ini pembelajaran berkisar membina ayat mudah dan penekanan terhadap penggunaan isim makrifah dan nakirah dan juga nahu iaitu penggunaan baris di akhir perkataan.

Usai kelas, CikYong menyediakan pula juadah makan tengahari. Menu ringkas hari ini iaitu nasi putih, kobis tumis dan ayam goreng tepung. Ayam masak merah di dalam peti ais, CikYong panaskan sahaja.

Resepi mudah ayam goreng tepung versi CikYong.

Bahan:

Isi ayam dari setengah ekor ayam yang telah dihiris nipis2

Sedikit putih telur

Tepung goreng ayam cap Bestari original dan pedas

Cara:

1. Kepingan2 Isi ayam yang telah di hiris nipis di rendam di dalam air bercampur satu sudu besar tepung goreng Bestari original. Di rendam selama 15-30minit. Jika lambat lagi untuk digoreng, boleh juga disimpan di dlm peti ais. 

2. Apabila ingin menggoreng, tuskan air rendaman ayam. Gaul isi ayam bersama putih telur (daripada sebiji telur).

3. Panaskan minyak di dalam kuali. 

4. Sediakan campuran tepung goreng ayam Bestari original dan pedas. Untuk rasa sederhana pedas, boleh dlm nisbah 1:1.

5. Gaulkan sekeping isi ayam ke dalam campuran tepung goreng ayam dan masukkan ke dalam minyak masak yang telah panas. Ulang untuk isi ayam yang lain sehingga habis. Goreng sehingga tepung berwarna kekuning2an. Jangan goreng terlebih perang, untuk mengelakkan isi ayam menjadi keras.

Nota: Sesuai di makan ketika masih panas atau suam. Isi ayam terasa lembut dikunyah dan diluarnya rangup.

Sebelah petang, CikYong menyambung membuat lakaran lukisan. Lukisan seterusnya merupakan lukisan bunga ros.

Lewat petang, CikYong keluar berbasikal bersama anak teruna sulong. CikYong terasa agak penat juga berkayuh di waktu petang berbanding waktu pagi.

 Hari ke-244 perang di Palestine.

Doa CikYong untuk Palestine sentiasa CikYong panjatkan ke hadrat Ilahi semoga satu hari ini, Allah kurniakan kebebasan dan kemenangan untuk rakyat Palestine. CikYong begitu terkesan dengan keperitan mereka yang di tahan di penjara Isreal. Berita laporan dari New York Times mendedahkan kekejaman yang dilakukan oleh Isreal terhadap tahanan rakyat Gaza yang semakin kejam semenjak peperangan ini bermula. Walaupun terdapat berat sebelah di dalam laporan tersebut di mana kekejaman yang di lakukan hanya dinyatakan di bahagian nota kaki laporan tersebut dan bukannya di tajuk utamanya, namun hakikatnya kekejaman tetap berlaku. Pasti Allah alam membongkar apa yang mereka cuba selindungkan dari mata dunia. InsyaAllah. 












No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...