Assalamualaikum hari yang diberkati semoga hari ini lebih baik daripada semalam.
23 Jun bersamaan 16 Dzulhijjah hari Ahad.
Hari cuti hujung minggu buat anak2 CikYong.
Pagi ini kami sekeluarga bersarapan di kedai makan. Menu pagi ini terdiri daripada nasi lemak dan roti telur.
Setiba di rumah, CikYong menjenguk sebentar ke rumah emak saudara yang tinggal berdekatan dengan rumah CikYong. Walaupun dekat, sebenarnya CikYong telah lama tidak menjenguk beliau. CikYong menyusul bonda dan adik ipar yang telah tiba lebih awal di rumah emak saudara.
Di sebelah pagi, CikYong menekuni untuk menyiapkan kerja rumah kelas bahasa arab pelajaran ke-6.
Selepas zohor, kami keluar sekali lagi untuk makan tengahari. Hari ini bonda ingin membelanja anak cucu. Kami makan di kedai makan berkonsepkan western. Di waktu kami menjamu selera, gigi geraham susu anak teruna kedua telah tercabut. Terbantut pula anak CikYong untuk menyambung menikmati makanannya. Akhirnya, makanan dan minuman beliau di bungkuskan sahaja.
Hari ke-260 perang di Palestine 🇵🇸.
Masih tiada tanda2 peperangan akan berakhir. Isreal menyatakan pendirian mereka untuk menghapuskan rakyat Palestine dari bumi Palestine. Mereka ingin menduduki sepenuhnya Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis. PBB tidak melakukan apa2 tindakan untuk menghalang Israel. Diburukkan lagi dengan kebisuan negara arab jiran seperti Mesir dan Jordan. Negara2 Arab yang lainnya juga tetap menahan mata hati mereka dari membantu saudara seIslam di bumi Palestine. Mungkin Palestine tidak sekaya dan mewah dari segi kebendaan, namun keimanan mereka begitu jelas terserlah akan kehebatan dan keutuhannya.
Seseorang yang mengutamakan akhiratnya daripada kesenangan kehidupan di dunia yang sementara ini, sudah pasti dapat melihat akan keutamaan untuk bersama di dalam perjuangan rakyat Palestine. Sekurang2nya dengan harapan agar mendapat tempias dari keimanan mereka di bumi Palestine. Semoga usah yang sedikit in akan dapat memberatkan timbangan di akhirat nanti. InsyaAllah.







No comments:
Post a Comment