Sunday, 9 June 2024

Hari ke-160 di tahun 2024

 Alhamdulillah diatas segala kurniaan Allah yang tidak bertepian.

8 Jun bersamaaan 1 Dzulhijjah hari Sabtu.

Hari cuti sekolah hujung minggu buat anak2 CikYong. Namun anak teruna kedua mempunyai kelas tambahan di sekolah agamanya yang perlu dihadirinya pada sebelah pagi.

Hari ini, CikYong dan kedua2 orang anak CikYong berpuasa sunat Zulhijjah. Kami bangun awal untuk bersahur. CikYong sediakan lempeng gulung telur untuk anal teruna kedua dan nasi goreng untuk CikYong dan anak teruna sulong. Di ketika kami leka bersembang sambil menyuap nasi ke mulut dan anak teruna kedua pula sedang meneguk air, tiba2 kami terdengar azan subuh berkumandang dari masjid di kampung kami. Oh! rupa2nya telah masuk waktu subuh. Kami terlupa untuk melihat jam. Makanan yang telah di suap ke mulut terpaksa di luahkan. Begitu juga air yang masih belum ditelan, perlu di luahkan keluar.

Pagi ini selepas Subuh, CikYong mengikuti rakaman kelas asas Bahasa Al Quran. 

Hari ini CikYong mula mewarna lukisan bunga ros.

Sebelah petang, CikYong menyambung bacaan buku anekdot Fragmen Kenangan Kerjayaku’ dan telah menghabiskannya. CikYong mulakan bacaan buku yang seterusnya yang berjudul Geng Masjid.

Cuaca hari ini agak panas. Mungkin juga disebabkan CikYong berpuasa, keadaan panas lebih terasa. Anak2 kelihatan ok sahaja walaupun ketika sahur, tidak berkesempatan meneguk air.

Selepas Asar, CikYong masuk ke dapur untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Juadah ringkas hari ini adalah nasi putih, tom yam yang dibeli, ikan siakap goreng. CikYong buatkan juga cucur kembung. Alhamdulillah di atas segala rezeki makanan yang dikurniakan buat CikYong sekeluarga.


Hari ke-245 perang di Palestine 🇵🇸.

Hari demi hari, kemenangan Palestine semakin hampir. Isreal telah disenaraikan di dalam senarai hitam PBB sebagai negara pengganas yang membahayakan kanak2. Kejatuhan Israel juga semakin hampir.

CikYong terjumpa akaun seorang aktivis Palestine yang bermastautin di Israel. Seorang anak muda berkerakyatan Rusia dan Israel. Terdapat video2 yang beliau kongsikan di media sosialnya perihal pendatang haram yang mengganggu petani2 Palestine yang berada di Israel dan di West Bank.




No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...