Assalamualaikum hari arafah yang penuh dengan kemuliaan.
16 Jun bersamaan 9 Dzulhijjah hari Ahad.
Hari ini merupakan hari cuti persekolahan buat anak2 CikYong.
Hari ini, CikYong, suami dan anak2 berpuasa sunat Arafah. Adik CikYong (no.4) dan keluarganya juga turut berpuasa kecuali dua orang anak lelakinya yang berumur tujuh dan sembilan tahun. Di waktu sahur, hanya CikYong sekeluarga dan adik CikYong yang bersahur.
Suasana meriah dan gembira memenuhi rumah dengan kepulangan adik2 CikYong dan keluarga. Keriuhan anak2 saudara bermain bersama sepupu2 mereka menceriakan lagi suasana menjelang hari raya aidil adha. Pelbagai aktiviti yang mereka lakukan bersama. Bermain lego, saidina, badminton, berbasikal, menonton cerita di tv merupakan antara aktiviti yang mereka lakukan.
Walaupun anak2 dan sepupu2 berpuasa, namun meteka tetap bersemangat bermain badminton tanpa mengira waktu. Keseronokan bermain mengatasi keletihan.
Sebelah petang, CikYong membuat shell/mangkuk untuk Cheesetart. CikYong dibantu oleh chef2 muda yang ingin mencuba sendiri membentukkan doh di dalam acuan mangkuk Cheesetart.
Hari ini adik CikYong memasak tom yam. Juadah yang samaq untuk makan tengahari dan berbuka puasa. Menu tambahan semasa berbuka merupakan ikan siakap goreng bersama sambal.
Sebelah malam pula, CikYong membakar soft cookies mengikut resepi yang diberikan oleh salah seorang anak saudara CikYong. Beliau mencadangkan CikYong mencuba resepi baru tersebut. Setelah cookies siap dibakar, anak2 saudara begitu teruja merasa soft cookies yang masih suam di celup ke dalam susu yang sejuk. Rata2 semua anak2 saudara sukakan soft cookies yang telah menjadi trending semenjak kebelakangan ini.
Selepas Isya’, CikYong dan adik mula merendang. Kali ini kami hanya membuat rendang ayam sahaja|.
Hariza ke-253 perang di Palestine.
Rakyat Palestine menyambut Aidil Adha di dalam suasana perang yang masih berlarutan. Semoga Allah limpahi rakyat Palestine dengan kekuatan fizikal dan keimanan.












No comments:
Post a Comment