Monday, 10 June 2024

Hari ke-161 di tahun 2024

 Alhamdulillah diatas nyawa masih lagi diizinkan. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

9 Jun bersamaan 2 Dzulhijjah hari Ahad.

Hari cuti hujung minggu buat anak2 CikYong.

Sahur pagi ini CikYong hanya memasak nasi dan menggoreng telur dadar. Tomyam di dalam peti ais, lebihan berbuka puasa semalam, CikYong panaskan sahaja. Kali ini CikYong dan anak2 berhati2 bersahur supaya kejadian semalam tidak berulang lagi.

Sebelah pagi, CikYong mengemas rumah dan mula membasuh kain2 cadar dan selimut. Hari raya Aidil Adha yang bakal tiba, adik2 dan keluarga masing2 akan balik ke kampung. CikYong perlu mengemas rumah serba sedikit sebagai persediaan awal.

CikYong menyambung lukisan bunga ros. Pada masa yang sama, CikYong mendengar kupasan surah Sad dan Az Zumar melalui applikasi Bayyinah.

Selepas Zohor, CikYong menyambung lagi lukisan dan dapat menyiapkan lapisan pertama untuk bunga ros yang pertama.

Setelah terasa penat mengadap lukisan, CikYong memulakan bacaan untuk buku yang berjudul ‘Kekok’.

Selepas Asar, CikYong di dapur memasak kari ayam, kobis tumis dan ayam goreng tepung. CikYong sediakan juga Vico sejuk dan sirap selasih suam.

Alhamdulillah diatas rezeki makanan berbuka puasa yang dikurniakan.

Hari ke-246 perang di Palestine.

Israel melakukan satu lagi genocide yang begitu kejam. Serangan dilakukan terhadap penduduk Paleatine di kem Nuseirat yang menyebabkan 210 orang terkorban dan 600 lebih yang tercedera. Pada masa yang sama, tentera Israel dan Amerika telah menyeludup masuk ke kem tersebut dan mengambil 4 orang Israel yang menjadi tebusan Hamas. Perbuatan tidak berperikemanusiaan Israel melakukan pembunuhan beramai2 rakyat Paleatine demi untuk membebaskan 4 oeang Israel tidak boleh diterima oleh masyarakat dunia yang masih mempunyai moral insan.









No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...