Sunday, 23 June 2024

Hari ke-174 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi yang mendamaikan.

22 Jun bersamaan 15 Dzulhijjah hari Sabtu.

Hari cuti hujung minggu buat anak2 CikYong. Sepatutnya hari ini anak teruna kedua mempunyai kelas tambahan di sekolah agamanya, namun untuk hari ini beliau tidak hadir ke kelasnya.

Seawal pagi sebelum subuh, kami sekeluarga telah keluar rumah dan bergerak ke bandar. Di dalam perjalanan, kami singgah di masjid di ketika masuk waktu subuh untuk menunaikan subuh berjamaah. Setiba di kompleks sukan di bandar, kami singgah dahulu di mesan selera untuk anak2 bersarapan pagi.

Terdapat ramai pengunjung di kompleks sukan pada hari ini disebabkan terdapat beberapa acara yang berlansung di sekitar kompleks sukan. 

Usai anak2 bersarapan, kami terus ke lokasi ‘wall climbing’. Hari ini anak2 mengikuti kelas bimbingan untuk ‘wall climbing’. Hari ini merupakan kali pertama anak2 mencuba memanjat dinding. Selain anak2 CikYong terdapat juga dalam sepuluh orang peserta lain yang turut serta sesi pembelajaran hari ini. Kelihatan agak sukar juga untuk mencapai ke tahap teratas dinding. Pencapaian terbaik di antara peserta adalah sehingga 3/4 daripada ketinggian dinding. Sesi berakhir setelah tiga jam berlatih memanjat.

Anak teruna kedua CikYong pula perlu menyertai kuiz secara online pada tengahari. Kuiz yang dianjurkan oleh pihak kementerian pendidikan. Namun disebabkan kuiz tersebut perlu disertai oleh semua sekolah di seluruh negara secara serentak, sistem kuiz online telah ‘down’. Oleh kerana itu, kuiz tersebut telah ditangguhkan.

Seterusnya kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu menghantar AlQuran lama dan buku2 agama yang perlu dilupuskan ke tempat pelupusan. Oleh kerana kami tiba lebih awal dari yang dijanjikan dengan petugas tempat pelupusan, kami singgah dahulu di masjid yang berdekatan. Setelah kami bersolat Zohor berjamaah dan solat jamak asar, kami pergi semula ke tempt perlupusan. Petugas telah sedia menunggu kami, lalu urusan penghantaran diuruskan dengan mudah dan pantas.

Usai urusan penghantaran, kami menuju pula ke rumah adik ipar (no.4). Kami makan tengahari di rumahnya dan berehat sebentar sambil bersembang dan bertanya khabar. 

Selepas waktu Asar, kami pun bergerak pulang ke kampung. 

Pada sebelah malam, CikYong masuk tidur lebih awal dari biasa, mungkin disebabkan kepenatan seharian berada di luar.

Hari ke-259 perang di Palestine.

Serangan bom di penempatan di kem Al Shate telah mengakibatkan lebih daripada seratus yang terkorban.













No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...