Assalamualaikum pagi yang diberkati. Pagi yang datang tanpa pernah gagal walaupun sekali. Tanda kebesaran Allah yang perlu di syukuri dan di ambil pengajaran daripadanya.
10 Jun bersamaan 3 Dzulhijjah hari Isnin.
Hari persekolahan buat anak2 CikYong.
Hari ini CikYong dan anak2 masih lagi menyambung puasa sunat bulan Dzulhijjah. Kami bersahur dengan nasi goreng dan roti jala. Anak teruna kedua bersahur dengan roti jala dan gulai kari sementara CikYong dan anak teruna sulong mengambil nasi goreng.
Di hari2 kami berpuasa, masa CikYong di dapur dapat dikurangkan dari biasa.
CikYong mengikuti tafsir Surah Yusof ayat 110 yang membincangkan perbezaan kiraat di dalam memahami maksud ayat 110 ini. Terdapat kiraat dari Saidatina Aisyah dan juga kiraat kedua daripada Ibnu Abbas dan Mas’ud. Usai pengajian tafsir, CikYong menyambung pula dengan mudarasah membincangkan huraian hadith ke-9 dari Hadith 40 An Nawawi. Perbincangan berkaitan kesusahan membawa kepada kemudahan.
Oleh kerana tidak perlu bersarapan, CikYong mula menyambung lukisan lebih awal dari biasa. CikYong masih lagi di dalam proses menyiapkan kuntum bunga ros yang kedua. CikYong memasang audio kupasan surah Al Ghafir sambil CikYong melukis.
Di kala CikYong berasa kepenatan mengadap lukisan, CikYong berhenti dan menyambung pula bacaan buku berjudul ‘Geng Masjid’.
Pada tengahari, CikYong menonton MyQurantime melalui fb live. Tadabbur surah Al A’raf ayat 52&53. Tadabbur hari ini berkaitan maksud berdoa yang sebenarnya.
Selepas Zohor, CikYong menyambung semula melukis. Usai suami menghantar anak teruna kedua ke sekolah petangnya, kami keluar ke pekan untuk membeli serba sedikit keperluan rumah yang telah kehabisan. CikYong juga singgah ke kedai membuat bingkai. CikYong menghantar dua lukisan lama dan kanvas untuk diletakkan kayu bidang.
Selepas petang, CikYong mula masuk ke dapur untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Menu hari ini hanyalah nasi putih bersama tomyam yang masih berbaki. CikYong gorengkan ikan talapia merah dan juga cucuk kembung. Suami belikan tealive untuk anak2. Alhamdulillah di atas rezeki berpeluang berpuasa dan berbuka puasa.
Hari ini, anak2 mengadu kepenatan mungkin disebabkan hari ini adalah hari pertama berpuasa di hari persekolahan.
Sebelah malam, CikYong membuat latihan bahasa arab untuk kelas bahasa arab KAB yang baru CikYong sertai semenjak dua hari yang lepas. Setelah itu, latihan di hantar kepada ustaz untuk disemak. Namun masih terdapat lagi latihan berbaki yang akan CikYong sambung pada esok hari insyaAllah.
Hari ke-247 perang di Palestine.
Keperitan rakyat Palestine yang ditahan di penjara Israel tidak dapat digambarkan. Pelbagai penyiksaan dilakukan terhadap mereka hanya kerana memperjuangkan hak kebebasan yang ditindas. Pada masa yang sama, apabila dilihat keadaan rakyat Isreal yang dijadikan tebusan oleh Hamas yang telah dibebaskn, keadaan mereka ternyata bertentangan 180 darjah. Para pejuang yang menjaga tebusan mengutamakan keselamatan tebusan mereka dan menjaga sebaik mungkin. Begitulah yang diperkatakan oleh tebusan2 tersebut. Apa yang boleh disimpulkan, keindahan Islam telah ditunjukkan oleh para pejuang dan di tonton oleh masyarakat dunia. Kebenaran telah terserlah dan tuduhan2 palsu yang disebarkan selama ini telah telah didedahkan. Alhamdulillah, sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.







No comments:
Post a Comment