Wednesday, 26 June 2024

Hari ke-177 di tahun 2024

 Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah di atas nyawa yang masih wujud di dalam jasad ini.

Hari Selasa 25 Jun bersamaan 18 Dzulhijjah.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Hari ini tiada peperiksaan buat anak teruna kedua CikYong.

Pagi ini, CikYong sediakan roti jala dan sandwich telur sebagai bekal anak2 ke sekolah.

CikYong mengikuti pengajian tafsir Al Quran Surah Fussilat ayat 9. Perbincangan berkaitan bahasa arab yang dijadikan bahasa Al Quran. Seterusnya, CikYong ikuti pula mudarasah hadith ke-9 dari hadith 40 menggunakan kitab Al Wafi syarah hadith 40 An Nawawi. Perbincangan mengenai Etika Soalan.

Untuk sarapan pagi, CikYong menggoreng nasi yang masih banyak di simpan di dalam peti ais.

Untuk bekal sekolah petang anak kedua, CikYong bekalkan mufin yang telah CikYong buatkan semalam.

Hari ini Cik Yong mengikuti dua podcast di youtube mengenai perang di Gaza disampaikan oleh Sami Hamdi. Beliau merupakan seorang geopolitik analyst, berketurunan Tunisia dan Algeria, warganegara UK. Satu pencerahan yang membuka mata dan hati perihal politik antarabangsa berkaitan perang di Palestine dan perkaitan dengan sirah Rasullullah saw. Perbincangan tersebut juga menjurus kepada tanggungjawab setiap muslim untuk bertindak dan melakukan sesuatu sebagai jihad fisabilillah. Hampir tiga jam CikYong menekuni podcast tersebut.

Sebelah petang, anak teruna sulong keluar berbasikal bersama rakannya. Walaupun badannya terasa seperti ada tanda2 demam, namun beliau tetap keluar. Setelah pulang sari berbasikal, badannya terasa sihat sedikit setelah berpeluh selepas berbasikal.

Di sebelah malam, CikYong hanya dapat menyambung sedikit sahaja kerja rumah kelas bahasa arab disebabkan CikYong terasa begitu mengantuk dan tidak dapat menyiapkannya. CikYong tangguh ke hari seterusnya. InssyaAllah.

Hari ke-262 perang di Palestine.

Di media sosial, dikongsikan video anak2 Palestine dibakar hidup2 akibat daripada pengeboman Israel ke atas sekolah URNWA tempat perlindungan rakyat Palestine yang kehilangan tempat tinggal.

Ya Allah sesungguhnya hanya kepadaMu meminta perlindungan dan pertolongan. Bantulah saudara kami yang diuji di bumi Palestine. Amin amin ya rabbal alamin.









No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...