Wednesday, 12 June 2024

Hari ke-163 di tahun 2024

 Alhamdulillah diatas nafas yang masih dipinjamkan. Sehingga bila tidak dapat ditentukan. Apa yang pasti, satu hari nanti nafas pasti akan berhenti. Perpindahan ke alam seterusnya adalah pasti. Semoga diakhir nafas, masih lagi berada di bawah naungan dua kalimah syahadah. Amin amin ya rabbal alamin.

11 Jun bersamaan 4 DzulHijjah hari Selasa.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Anak2 masih meneruskan puasa sunat Dzulhijjah untuk hari ke-4.

Sahur kami merupakan menu yang sama iaitu nasi goreng dan cucur kembung. 

CikYong masih berkesempatan mengikuti tafsir Surah Yusuf ayat 110. Pengajian hari ini menyambung perbincangan berkaitan perbezaan kiraat yang membawa kepada perbezaaan tafsiran terhadap ayat 110.

CikYong kemudiannya menyambung mengikuti mudarasah di youtube live. Kupasan hadith ke-9 daripada Hadith 40 An Nawawi hari ini menyentuh kaedah feqah untuk menentukan kadar kesusahan yang dibenarkan untuk membolehkan suatu kemudahan di ambil. Perbincangannya menjurus kepada konsep kaedah feqah.

Pagi ini CikYong menyambung mendobi cadar2 dan sarung2 bantal. Pada masa yang sama CikYong juga menyambung melukis. CikYong masih lagi di dalam proses menyiapkan kuntum kedua bunga ros. CikYong juga mendengar tadabbur Surah Fussilat daripada aplikasi Bayyinah. CikYong melakukan tiga perkara di dalam satu masa. Mutitasking kata orang putih.

Menjelang tengahari, CikYong berhenti melukis setelah terasa penat mengadap lukisan sedari pagi. CikYong menyambung pula mendengar MyQurantime di fb live. Tadabbur hari ini adalah pada ayat 56&57 Surah Al A’raf berkaitan kepentingan berdoa.

Selepas Zohor, CikYong menyambung bacaan buku yang berjudul ‘Mr Mama’.

Anak teruna sulong bercadang untuk berkayuh basikal bersama rakannya pada sebelah petang. Namun hasrat tidak kesampaian apabila rakannya yang pada mulanya bersetuju terpaksa membatalkannya kerana beliau terlupa bahawa beliau perlu menghadiri kelas tuisyen.

Anak teruna kedua pula di dalam seminggu dua ini begitu leka memasang lego2 nya sehinggakan ruang tengah rumah telah dipenuhi dengan keping2an lego. Lego2 tersebut tidak boleh dikemaskan kerana ianya masih di dalam proses pembinaan. Work in progress bak kata orang putih.

Selepas Asar, CikYong mula masuk ke dapur untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Menu ringkas hari ini merupakan nasi, gulai lemak cili padi udang, kobis tumis dan ayam goreng tepung. Anak2 pula inginkan kopi ais vietnam. Sebelum berbuka puasa, suami telah  belikan untuk mereka. Alhamdulliah di atas rezeki berpuasa dan berbuka puasa.

Pada sebelah malam, CikYong menyambung lagi kerja rumah bahasa arab KAB dan juga kerja rumah bahasa arab bersama ustazah. Usai kerja rumah disiapkan, CikYong hantarkannya kepada ustaz untuk semakan.

Hari ke-248 perang di Palestine.

UN telah meluluskan usul daripada Amerika untuk genjatan senjata serta merta. Walaupun sebenarnya, CikYong tidak pasti apakah yang akan berlaku seterusnya, namun ianya membawa kepada satu berita yang baik. Mungkin perlu tungu dan lihat apakah tindakan selanjutnya daripada UN, Amerika dan Israel. Sebagai seorang rakyat biasa, pemboikotan terhadap sebarang produk dan syarikat berkaitan Israel akan tetap diteruskan sehingga Palestine dibebaskan. Walau sebesar mana kuasa Zionist menguasai keseluruhan dunia dari segala aspek kehidupan, sebagai seorang Muslim, kuasa Allah melebihi segala apa yang ada di alam ini. Janji Allah akan kemenangan terhadap umat Islam pasti akan terjadi. Setiap umat Islam perlu menjalankan tanggungjawab masing2 agar terselamat dari terjerumus ke dalam perangkap2 syaitan.





No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...