Assalamualaikum hari yang diberkati. Alhamdulillah di atas nadi yang masih berdenyut. Semoga hari2 yang dipinjamkan dimanfaatkan sebaik2nya untuk ke jalan yang lurus.
15 Jun bersamaan 8 Dzulhijjah hari Sabtu.
Cuti sekolah telah bermula untuk empat hari bersempena Hari Raya Aidil Adha pada hari Isnin depan.
CikYong dan anak2 berpuasa sunat hari ini. Hari ke-8 buat CikYong. Menu sahur masih lagi sama iaitu nasi goreng dan cucur kembung. CikYong buatkan juga lempeng telur gulung namun anak tidak berselera untuk menjamahnya.
Sebelah pagi, kami sekeluarga sibuk mengemas rumah. Hari ini, kedua2 adik CikYong dan keluarga masing2 pulang ke kampung untuk merayakan Aidil Adha.
Selepas Zohor, CikYong memasak sup ayam, masak lemak kobis dan juga membuat kek congo bar.
Adik bongsu dan keluarga tiba di rumah CikYong lewat petang. Oleh kerana telah hampir ke waktu berbuka puasa, adik CikYong menunggu sehingga waktu berbuka untuk makan bersama dengan CikYong dan anak2. Sebelum berbuka, CikYong gorengkan ikan talapia merah dan juga ikan tenggiri.
Sebelah malam, anak teruna kedua bermain lego dengan sepupu2nya. Agak lewat juga mereka tidur disebabkan leka bermain.
CikYong masuk tidur awal dengan perancangan ingin bangun semula di ketika adik (no.4) dan keluarganya tiba dari ibukota. Namun oleh kerana begitu mengantuk, CikYong tidak terjaga ketika mereka sampai hampir tengah malam
Hari ke-252 perang di Palestine.
Di tatkala jemaah hari berwukuf di pdang arafah, rakyat Palestine masih lagi berjuang dengan semangat yang begitu tinggi. Ganjaran yang besar dijanjikan oleh Allah seperti mana yang disebut di dalam hadith nabi, berkaitan fadhilat 10 hari terawal bulan Dzulhijjah.
Daripada Ibn ‘Abbas, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada hari-hari yang amalan soleh padanya paling Allah sukai melebihi sepuluh hari ini (sepuluh hari awal Zulhijjah)”. Mereka bertanya: “Sekalipun jihad pada jalan Allah?”. Jawab Rasulullah s.a.w: Sekalipun jihad pada jalan Allah, melainkan seorang lelaki yang keluar (berjuang) dengan diri dan hartanya dan tidak mendapat semua itu kembali walaupun sedikit” (Riwayat al-Bukhari, al-Tirmizi -lafaz di atas adalah lafaz al-Tirmizi- , Abu Daud, Ibn Majah dll).
Pada pendapat CikYong, pejuang Palestine di berikan kelebihan untuk mencapai jihad diri dan harta seperti yang dinyatakan di dalam hadith tersebut. InsyaAllah, semoga Allah anugerahi syurga firdaus kepada mereka. Pada masa yang sama, CikYong juga menyedari bahawa sesungguhnya syurga itu mahal. Untuk seseorang yang sanggup berkorban nyawa dan harta hanya kerana Allah bukanlah mudah. Contoh terdekat di zaman ini dan ketika ini adalah rakyat Palestine. Hanya mereka yang terpilih diberikan peluang oleh Allah untuk redha dengan ketentuan Allah dan Allah redha terhadap mereka. Semoga Allah kurniakan kekutan iman buat diri, keluarga masyarakat dan umat Islam keseluruhannya. Amin amin ya rabbal alamin.












No comments:
Post a Comment