Assalamulaikum pagi yang indah lagi diberkati. Semoga hari ini lebih baik dari semalam buat diri ini sendiri dan yang lain seluruhnya.
Hari Ahad 30 Jun bersamaan 24 Dzulhijjah.
Hari hujung minggu buat anak2 CikYong. Namun anak teruna sulong perlu mengulangkaji pelajarannya. Anak teruna kedua mempunyai kelas tambahan pada sebelah malam.
Pagi ini, kami sekeluarga bersarapan di kedai makan yang berdekatan. Kami keluar agak lewat disebabkan anak2 tidur semula selepas balik dari solat subuh di masjid. Suami pula keluar berbasikal seorang diri. Setelah suami pulang dari berbasikal dan anak2 telah bangun dan mandi, barulah kami keluar bersarapan.
Sementara menunggu anak2 bangun tidur dan suami pulang dari berbasikal, sempat juga CikYong mengikuti rakaman Kelas Bahasa Al Quran oleh Ustaz Muein. Rakaman yang masih tertangguh masih berbaki setengah sesi untuk dihabiskan.
Sebelah pagi, CikYong menyambung melukis dan menyiapkan lukisan bunga mawar. Setelah membuat serba sedikit pembaikan, CikYong menganggap lukisan tersebut telah pun siap dan CikYong boleh berhenti di sini sahaja. InsyaAllah CikYong akan memulakan lukisan yang seterunya pada hari yang akan datang.
Di tengahari, CikYong hanya menggoreng ikan siakap dan menyediakan sambalnya. Sup soto yang masih berada di dalam peti ais, CikYong panaskan sahaja. Begitulah menu ringkas kami sekeluarga pada tengahari ini.
Di sebelah petang, CikYong menyambung kerja rumah kelas bahasa arab pelajaran ke-9 sehingga ke waktu Asar.
Hari ke-267 perang di Palestine.
Tidak tahu sehingga bila perang ini akan berhenti. Masih lagi menghitung hari demi hari. Ketabahan dan kesabaran diuji di ketika ini. Diharapkan diri ini tetap teguh membantu saudara seIslam di Palestine dan di mana jua.










No comments:
Post a Comment