Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Ku mohon agar diberikan kefahaman agama dan panduan kehidupan yang sebenar. Semoga di lapang dada menerima pengajaran dan peringatan dari segala kejadian yang berlaku pada diri dan disekeliling. Amin amin ya rabbal alamin.
Hari Ahad 28 Julai bersamaan 22 Muharram.
Pagi ini, kami berempat, CikYong, suami dan anak2 berbasikal ke pekan untuk bersarapan pagi. Di dalam perjalanan ke pekan, reflector di hadapan basikal anak teruna kedua terjatuh. Kami berhenti sebentar untuk mengutip reflector tersebut dan mencari nat dan skrunya yang turut terjatuh. Hanya nat yang dijumpai, lalu kami meneruskan berkayuh ke pekan. Usai bersarapan, kami berkayuh pulang. Setiba di lokasi refector terjatuh, CikYong, suami dan anak teruna kedua berhenti lalu cuba mencari skru yang masih tidak dijumpai.
Pada masa yang sama, anak teruna sulong yang berada lebih ke hadapan tidak menyedari bahawa kami yang lain telah berhenti. Beliau terus berkayuh pulang ke rumah. Setelah cuba mencari tetapi tidak juga berjumpa dengan skru tersebut, kami mengambil keputusan untuk meneruskan berkayuh dan pulang ke rumah. Setiba di rumah, anak teruna sulong tidak kelihatan di rumah dan di sekitar rumah. Terdapat helmetnya sahaja yang diletakkan di atas belakang kereta. Setelah hampir setengah jam, barulah anak teruna sulong tiba di rumah. Rupa2nya beliau keluar semula berkayuh nengikut arah jalan yang lain menuju ke tempat kami berhenti sebelumnya. Beliau juga tertanya2 mengapa kami tidak juga sampai ke rumah yang menyebabkan beliau keluar semula.
Di tengahari, CikYong dibantu oleh suami mencuba masakan ikan siakap tiga rasa. Kami memasak 2 ekor. Hasilnya rasa sosnya terlebih.
Sebelah petang, CikYong berjaya menghabiskan bacaan laporan Mahkamah Tinggi kes Zulfarhan. Dapatan CikYong dari apa yang terjadi, ianya merupakn sesuatu yang perlu dirisaukn dan perlu di ambil tindakan serius oleh semua lapisan masyarakat dalam mengekang dari perkara yang sama terjadi lagi di masa akan datang.
Perang Palestine 🇵🇸 untuk hari ke-295.
Pasukan Israel di pulaukan di Kejohanan Olimpik.
Video kepala seorang bayi yang terpisah dari tubuhnya akibat dari bom yang dijatuhkan oleh Israel dikongsikan di media sosial. Tiada perkataan yang terucap. Setiap kali CikYong melihat insiden yang mengerikan, CikYong merasakan itulah perkara yang paling teruk pernah terjadi. Malangnya, selepas itu akan adanya perkara yang lebih teruk dari sebelumnya. Sehingga ke hari ini, kejadian ini terus menerus terjadi satu demi satu.





No comments:
Post a Comment