Thursday, 18 July 2024

Hari ke-199 di tahun 2024

 Alhamdulillah. Syukur dan sabar menjadi dua sifat yang ingin ditanam di dalam diri agar diri ini menjadi hamba Allah yang taat.

17 Julai bersamaan 11 Muharram hari Rabu.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong.

Pagi ini CikYong menyediakan pulut dan kari sebagai bekal untuk anak teruna kedua. Di samping itu, nasi lemak yang dibeli oleh suami juga turut dijadikan bekal anak2 ke sekolah. Sandwich telur juga CikYong sediakan sebagai bekal tambahan buat anak teruna sulong.

Pengajian tafsir di IKIM.fm dan juga mudarasah hadith ke 10 menggunakan kitab Al Wafi. Kelas bahasa arab bersama ustazah sesi ulangkaji m, CikYong ikuti semula setelah tertinggal satu sesi pada minggu lepas. Alhamdulillah masih berkesempatan mengikutinya pada minggu ini. Pengajian tadabbur MyQurantime juga dapat CikYong ikuti pada tengahari. Ayat 143&144 Surah Al A’raf. CikYong menyediakan makan tengahari sambil mendengar program tadabbur tersebut.

Pada sebelah petang, CikYong menyiapkan kerja rumah kelas bahasa arab untuk pelajaran ke-15. CikYong masih belum memulakan semula lukisan yang telh tertangguh hampir dua minggu.

Anak teruna sulong menghadiri latihan kadad KRSnya di sekolah pada sebelah petang.

Hari ke-284 perang di Palestine 🇵🇸.

Serangan masih lagi berterusan. Akaun IG CikYong telah di’shadow ban’ untuk kali yang entah ke berapa. Akaun CikYong juga menerima amaran kemungkinan akaun akan dipadamkan dari IG. Ini disebabkan video dan gambar2 mangsa yang cedera di bom oleh Israel di bumi Palestine dan juga yang terkorban. Pada masa yang sama, hantaran2 dari tentera IDF tidak dihalang dari di paparkan di mukabuku dan IG. Semua ini merupakan algorithm yang digunapakai oleh Meta yang merupakan Zionist tegar.










No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...