Alhamdulillah salam Jumaat mubarokah.
Hari Jumaat 19 Julai bersamaan 13 Muharram.
Hari persekolahan buat anak2 CikYong.
Hari ini CikYong berasa kurang sihat sedikit. Seawal bangun pagi, tekak CikYong terasa perit seperti sebelum2nya.
Namun CikYong tetap sediakan bekal anak2 ke sekolah. Hari ini CikYong sediakan nasi goreng, lempeng telur gulung, sandwich telur dan roti telur.
Kelas pengajian setiap pagi CikYong ikuti seperti biasa. Tafsir Surah Fussilat ayat 25 perihal tipu daya syaitan. Mudarasah hadith ke-10 perbincangan berkisar bagaimana untuk mengendalikan barang2 yang haram yang berada di dalam simpanan kita.
CikYong masih rasa sekejap sejuk dan sekejap panas.
Di tengahari CikYong hanya menyediakan ikan siakap goreng dan memasak nasi. Gulai lemak kuning udang yang masih berbaki di dalam peti ais, CikYong panaskan sahaja. Suami belikan sayur lemak putih labu dan pucuk manis, ikan bawal goreng sambal.
CikYong berkesempatan juga mengikuti MyQurantime tadabbur Surah Al A’raf ayat 148&149. Ayat menerangkan dia sifat berhala yang menjadi sembahan kaum bani Israel di zaman nabi Musa as.
Sebelah petang, anak teruna sulong tidak mahu pergi ke latihan kawadnya pada hari ini. Anak teruna kedua menaiki basikal ke sekolah petangnya.
Hari ke-286 perang di Palestine 🇵🇸.
Pengunduran tentera Israel dari bandar Khan Yunis membolehkan penemuan puluhan mayat di sebuah perkuburan besar.
Tel Aviv diserang oleh drone yang dihantar oleh Yaman.











No comments:
Post a Comment