Thursday, 4 July 2024

Hari ke-185 di tahun 2024

 Alhamdulillah di atas nyawa yang masih dipinjamkan.

3 Julai bersamaan 27 Dzulhijjah hari Rabu.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Anak teruna sulong menduduki hari ke-4 peperiksaan pertengahan tahun untuk Matematik dan Sejarah. Anak teruna kedua pula, pulang lewat dari sekolah disebabkan terdapatnya aktiviti kokurikulumz.

Bekal untuk anak2 ke sekolah merupakan nasi lemak yang dibeli. Bekal tambahan untuk anak teruna sulong adalah sandwich telur sementara untuk anak teruna kedua adalah pulut berlaukkan kari daging dan telur rebus.

Hari in pengajian CikYong merangkumi tafsir surah Fussilat ayat 11-16, mudarasah hadith ke-9 di dalam bab bertanya sesuatu yang belum berlaku. MyQurantime tadabbur ayat 105-109 surah Al A’raf mengisahkan dakwah nabi Musa as kepada Firaun. CikYong juga menonton youtube berkaitan talk oleh Saudara Sami Hamdi perihal Gaza. Kelas ulangkaji bahasa arab bersama ustazah berjalan seperti biasa. Pelajaran hari ini berkaitan nombor mengikut bilangan. Kerja rumah kelas bahasa arab, CikYong telah siapkan sehingga pelajaran ke-11.

Pada sebelah pagi, CikYong dan suami keluar berbasikal di laluan yang sama. Cuaca sedikit panas namun tidak sehingga meletihkan. Usai berbasikal, CikYong sempat menggoreng nasi sebelum kelas bahasa arab bermula.

Hari ini CikYong tidak memasak untuk juadah tengahari. Suami belikan ikan keli goreng. Masak lemak cili padi udang dan kari daging yang masih berbaki, CikYong hanya panaskan sahaja.

CikYong juga telah memulakan mewarna lukisan bunga melur. 

Hari ke-270 perang di Palestine 🇵🇸.

I Pengarah hospital As Shifa yang telah diculik pada November tahun lepas dan telah di tahan tanpa apa2 pendakwaan telah dibebaskan oleh Israel bersama2 berpuluh2 rakyat Palestine yang ditahan. Pembebasan beliau nenimbulkan kemarahan di kalangan kerajaan dan rakyat Israel.








 

No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...