Sunday, 21 July 2024

Hari ke-202 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi yang diberkati. Semoga Allah kurniakan kekuatan buat diri ini dalam menempuh segala ujian yang mendatang.

Hari Sabtu 20 Julai bersamaan 14 Muharram.

Hari cuti persekolahan hujung minggu buat anak2 CikYong. Namun anak teruna sulong perlu menghadiri latihan kawad KRS pada pagi ini. Walaupun pada mulanya beliau seperti tidak mahu pergi menghadirinya, namun CikYong berbangga apabila beliau membuat keputusan yang bijak untuk melawan perasaannya. Beliau pergi juga ke latihan kawad pada pagi ini. Beliau pergi dengan menaiki basikal sendiri. Begitu juga bagi anak teruna kedua, beliau juga menaiki basikal sendiri ke kelas tambahan di sekolah agamanya pada pagi ini.

Kami bersarapan awal pada pagi ini. Suami belikan dua bungkus nasi lemak, sebungkus mee goreng dan juga sebungkus bihun goreng.

Pagi ini CikYong membersihkan serba sedikit longkang ditepi rumah yang telah dipenuhi dengan daun2 dan bunga2 yang telah gugur. Usai membersih di bahagian luar rumah, CikYong menyambung pula me’vakum’ di dalam rumah pula. 

Sebelah petang CikYong mengisi masa menghabiskan bacaan buku travelog 4 orang wanita dari Malaysia ke India.

Hari ke-287 perang di Palestine 🇵🇸.

ICJ telah mengeluarkan keputusannya berkaitan tindakan Israel di dalam mengusir rakyat Palestine. Israel dikenakan tindakan agar memberhentikan pendudukan haram di tanah Palestine dan diarah untuk merobohkan penempatan haram dan memulangkan semula tanah yang dirampas dari rakyat Palestine.

Pada pandangan CikYong, keputusan tersebut ibarat telah terang lagi bersuluh. Apa yang di nantikan adalah samada Israel akan mengikut arahan ICJ dan mematuhi undang2 antarabangsa. Jika tidak, negara2 lain di dunia mestilah membantu ICJ melaksanakan arahannya dan memastikan Israel ditekan agar mematuhinya.













No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...