Saturday, 6 July 2024

Hari ke-187 di tahun 2024

Assalamualaikum pagi Jumaat yang diberkati.

5 Jun bersamaan 29 Dzulhijjah Hari Jumaat.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Hari terakhir peperiksaan buat anak teruna sulong CikYong. Hari ini beliau mempunyai peperiksaan kertas Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani. Menurut beliau Pendidikan soalan untuk Pendidikan Jasmani agak sukar kerana dimasukkan bab yang belum lagi belajar.

Pagi ini CikYong bekalkan olio spaghetti, sandwich telur dan cheesetart untuk anak teruna sulong. Sementara untuk anak teruna kedua, CikYong bekalkan lempeng telur gulung.

CikYong ikuti tafsir Surah Fussilat ayat 15-18. Kisah ashabal ghulam dikongsikan oleh Ustaz Zahazan. Mudarasah hadith ke-9 

Suami mengajak CikYong bersarapan di kedai pada pagi ini. Di kedai makan, CikYong mengambil bihun goreng sementara suami pula mengambil nasi lemak. Oleh kerana bihun gorengnya pedas, CikYong tukarkannya dengan nasi lemak suami.

Setiba di rumah, CikYong selesaikan urusan kerja2 rumah sebelum CikYong menyambung mencalit warna di lukisan bunga melur.

Apabila menghampiri tengahari, CikYong mula masuk ke dapur. CikYong menggoreng ikan siakap dan memasak sambal untuk ikan. Kari daging dari peti ais, CikYong panaskan sahaja. CikYong juga mengikuti MyQurantime di fb live sambil CikYong memasak. Hari ini tadabbur Surah Al A’raf ayat 115-120. Perbincangan berkisar kisah nabi Musa as bersama tukang2 sihir.

Di sebelah petang, setelah anak teruna kedua ke sekolah agamanya, CikYong, suami dan anak teruna sulong keluar ke pekan. Dua destinasi kami adalah kedai basikal dan perpustakaan. Pada tengaharinya, suami telah membawa balik basikal lama anak teruna sulong yang telah lama tersadai di rumah adik ipar. Petang ini, kami menghantar basikal tersebut bersama sebuah lagi basikal yang juga telah lama tersadai di rumah CikYong untuk dibaiki.

Sementara suami menunggu basikal2 tersebut di baiki di kedai basikal, CikYong dan anak teruna sulong pergi ke perpustakaan. CikYong ingin memulangkan buku dan meminjam buku. Rupa2nya perpustakaan telah ditutup, maka hasrat terpaksa ditangguh ke hari esok. Kami kemudiannya kembali ke kedai basikal dan menunggu sehingga basikal siap dibaiki.

Usai urusan basikal, kam telah menunjuk hampir ke masa anak teruna kedua selesai persekolahannya. Maka, kami terus ke sekolahnuntuk menjemput anak teruna kedua pulang dari sekolah. Keadaan di dalam kereta agak sempit disebabkan adanya dua basikal di bahagian tempat barang di belakang kereta yang melangkaui ke tempat duduk belakang. Namun ianya tidak menjadi masalah buat anak2.

CikYong juga berkesempatan menyambung bacaan buku berjudul Salahuddin Al Ayubi. 

Pada sebelah malam, CikYong membuat kerja rumah kelas bahasa arab sebelum CikYong masuk tidur.

Hari ke-272 perang di Palestine 🇵🇸.

Daripada hadith Rasullullah saw berwasiat perihal larangan2 ketika perang. Apabila ditekuni setiap satunya, sudah pastinya setiap larangan tersebut telah dilanggar oleh tentera2 Zionist Isreal. Ianya menggambarkan di kala manusia jauh dari hidayah Allah, maka mereka akan melakukan kerosakan demi kerosakan yang akan membawa mereka terus tenggelam di dalam kegelapan yang menghancurkan diri mereka sendiri.








No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...