Thursday, 25 July 2024

Hari ke-205 di tahun 2024

 Ya Allah ku pohon keampunan di atas kekhilafan dan kesalahan yang aku lakukan secara sedar atau tidak disedari. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Pemberi Rahmat.

Hari Selasa 23 Julai bersamaan 17 Muharram.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Hari ini merupakan hari kedua peperiksaan pertengahan tahun buat anak teruna kedua CikYong di sekolah petangnya. Hari ini merupakan peperiksaan kertas Sirah dan Tilawah. Anak teruna sulong pula perlu menyertai perbarisan sukan mewakili rumah sukannya. Beliau dipilih kerana penglibatan beliau di dalam perbarisan yang sama pada tahun yang lepas. Beliau ditugaskan sebagai komander pasukan seperti tahun lepas. Petang hari ini, terdapat pertindihan latihan kawad KRS dan juga perbarisan sukan.

Pada sebelah pagi, CikYong dan suami berbasikal seperti biasa. Hari ini CikYong menyinggah mengambil gambar sarang burung tempua.



Hari ke-290 perang di Palestine 🇵🇸.

Khemah penempatan rakyat di dalam kawasan Hospital di Khan Yunis telah dibom oleh Israel. Wartawan merupakan antara yang terkorban.












No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...