Wednesday, 17 July 2024

Hari ke-196,197 & 198 di tahun 2024

 Assalamualaikum.. semoga hari2 yang hadir membawa bersamanya kebaikan dan pelajaran kehidupan yang lebih bermanfaat.

Hari ke-196 merupakan hari Ahad hari hujung minggu 14 Julai bersamaan 8 Muharram. 

Hari ini CikYong berasa lebih sihat dari semalam. Sebelah pagi CikYong menyibukkan diri dengan mengvakum seluruh rumah setelah seminggu rumah tidak dibersihkan. Sebelah petang, emak saudara datang ke rumah CikYong. Emak saudara datang bersama menantu kesayangannya dan tiga orang cucunya. Mak saudara dan menantunya baru sahaja lepas menyantuni cucu2nya yang ingin mengunjungi pesta makanan yang diadakan di pekan. Mak saudara datang berkunjung ke rumah untuk mendapatkan acar buah yang biasa CikYong dan suami buatkan untuk jualan. Alhamdulillah masih ada acar yang berbaki daripada acar yang kali terakhir kami memasaknya.

Di ketika mereka ingin bergerak pulang, tiba2 kereta menantunya tidak dapat dihidupkan. Rupa2nya bateri kereta telah pun rosak. Suami CikYong menghulurkan bantuan dengan menelefon perkhidmatan Bateriku. Alhamdulillah dalam masa setengah jam, mekanik tersebut tiba di rumah CikYong. Bateri baru telah berjaya dipasangkan dan kereta pun telah kembali seperti sediakala. Kemudiannya mak saudara dan keluarganya bergerak pulang ke kampung halaman mereka.


Hari ke-197 merupakan hari Isnin hari persekolahan buat anak2 CikYong. 15 Julai bersamaan 9 Muharram. 

Hari tasua’ iaitu hari sunat berpuasa. Namun hari ini CikYong masih lagi kurang sihat, CikYong mengalami sakit perut sepanjang hari. Di setiap kali CikYong makan sahaja, perut CikYong akan kembali sakit dan perlu ke tandas. Oleh kerana itu, CikYong tidak memasak pada tengahari, suami membantu dengan membelikan makanan untuk anak2. Sementara CikYong pula tidak berani menjamah sebarang makanan. 

Pada sebelah petang, anak teruna sulong sepatutnya perlu menghadiri latihan kawad KRS di sekolahnya. Namun hari ini, beliau tidak mahu menghadirinya. Hari ini juga anak teruna sulong memaklumkan bahawa beliau tidak berjaya mendapatkan A untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Sementara itu, anak teruna kedua mendapat hadiah dari guru Matematik nya yang merupakan pengasah pensil automatik. Beliau telah berjaya mendapatkan markah tertinggi untuk Matematik di kelasnya.

Hari ke-198 merupakan hari Selasa hari persekolahan buat anak2 CikYong. 16 Julai bersamaan 10 Muharram. 

Hari ini juga merupakan hari sunat berpuasa iaitu hari asyura. Namun begitu disebabkan perut CikYong baru sahaja hendak kembali pulih, makanya CikYong tidak berkesempatan untuk berpuasa sunat. Hari ini CikYong banyak memasak kuih di dapur dimulakan dengan mufin, congo bar, puding koktail dan puding roti vico. Bak kata anak CikYong, ibunya telah membuat ‘comeback’. Hari ini pada sebelah petang, anak teruna sulong menghadiri latihan kawad KRS nya di sekolah.

Hari ke-281,282&283 perang di Palestine 🇵🇸.

Israel terus menerus mengebom kawasan2 yang diisytiharkan sebagai ‘zon selamat’. Alasan yang digunakan masih lagi penipuan yang sama iaitu terdapat pejuang Hamas di kawasan2 yang diserang. Hakikatnya semakin ramai sehingga beratus2 rakyat Palestine yang terkorban dan beribu2 lagi yang cedera. Sekatan bantuan kemanusian ke bumi Palestine masih lagi disekat. Ya Allah hanya kepadaMu kami memohon pertolongan dan bantuan. Umat Islam terutamanya dari negara2 Arab diam membisu seolah2 tiada apa yang berlaku di Palestine. 







No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...