Wednesday, 3 July 2024

Hari ke-184 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi yang penuh kenikmatan. Nikmat yang tidak pernah putus dari yang Maha Pencipta dan Pentadbir.

2 Julai bersamaan 26 Dzulhijjah hari Selasa.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Hari ke-3 peperiksaan buat anak teruna sulong. Peperiksaan kertas Bahasa Inggeris dan Sains.

Seawal pagi CikYong menyediakan pulut, kari dan telur rebus. Hari ini CikYong sediakan sandwich ayam mayo bagi menggantikan sandwich telur.

Pengajian tafsir surah Fussilat ayat 11-18, CikYong ikuti melalui ikim.fm. Pengajaran dari keingkaran kaum Ad dan Thamud terhadap utusan2 Allah. Manakala mudarasah ulasan hadith ke-9 menggunakan kitab Al Wafi, CikYong ikuti melalui youtube. Perbincangan berkaitan jawapan kepada faham dan taat.

Sebelah pagi. CikYong menyambung lakaran lukisan. Kali ini CikYong ingin melukis bunga melur jawa pula.

CikYong memasak kari daging, kobis tumis dan menggoreng ayam sebagai juadah makan tengahari hari ini. CikYong juga mengikuti program MyQurantime di fb live. Tadabbur hari ini menyentuh ayat 102-104 Surah Al A’raf berkaitan sifat fasik dan juga kisah nabi Musa a.s. berdakwah kepada Firaun

Pada sebelah petang, CikYong menyambung dan menyiapkan lakaran bunga melur. Cukup setakat itu untuk hari ini sementara untuk mewarna CikYong akan lakukannya di lain hari. InsyaAllah. CikYong juga mendengar dari app Bayyinah untuk surah At Tahrim mengenai teguran Allah kepada ummul muslimin.

Pada sebelah malam, CikYong hanya berkesempatan membuat sedikit sahaja kerja rumah kelas bahasa arab. CikYong masuk tidur awal kerana berasa tersangat mengantuk. Sementara itu, anak teruna sulong tidur lewat kerana mengulangkaji untuk mata pelajaran esok.

Hari ke-269 perang di Palestine 🇵🇸.

Satu video dikongsikan di media sosial di mana sumber video adalah daripada Al Jazeera. Al Jazeera telah mendapat beberapa video footage yang menunjukkan orang awam di Palestine di jadikan human sheilds oleh tentera IDF.












No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...