Tuesday, 2 July 2024

Hari ke-183 di tahun 2024

 Salam pagi Isnin di hujung2 tahun 1445 Hijrah.

1 Julai bersamaan 25 Dzulhijjah.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Hari ke-2 hari peperiksaan buat anak teruna sulong. Hari ini anak perlu menjalani peperiksaan kertas Bahasa Melayu dan Asas Sains Komputer. Hari ini beliau pulang awal dari biasa disebabkan sepanjang minggu peperiksaan, pelajar2 akan pulang setelah selesai peperiksaan pada hari tersebut.

Seawal pagi CikYong menyediakan nasi lemak dan sandwich telur untuk dijadikan bekal anak2 ke sekolah. CikYong berkesempatan mengikuti pengajian tafsir surah Fussilat ayat 11-15. Begitu juga kelas mudarasah ulasan hadith ke-9 dari hadith 40 An Nawawi. Perbincangan mengenai soalan yang makruh.

Selepas bersarapan nasi lemak bersama suami, CikYong memasak brownies untuk anak2.

CikYong berkesempatan juga menjenguk pokok2 bunga di tepi rumah sebelum CikYong masuk semula ke dapur. Hari ini CikYong memasak masak lemak cili padi udang, ikan kembung goreng bersambal dan juga ayam goreng tepung. CikYong juga mengikuti MyQurantime sambil sibuk memasak di dapur.

Pasa sebelah petang. CikYong memulakan lukisan yang baru. Hari ini hanya melakukan lakaran bunga melur.

CikYong juga menyambung bacaan kompilasi komik oleh Petai.

Usai anak teruna kedua pulang dari sekolah, suami memasak mee segera untuk anak2. Hari ini merupakan hari mee segera buat anak2 CikYong.

Pada sebelah malam, CikYong menyambung kerja rumah kelas bahasa arab sebelum CikYong masuk tidur. Anak teruna sulong juga tertidur awal walaupun hasrat awalnya adalah untuk mengulangkaji.

Hari ke-268 perang di Palestine 🇵🇸.

Seperkara yang sedang berlaku dan ianya bermula lebih lama sebelum dari 7 Oktober adalah menyiksaan rakyat Palestine yang ditahan di penjara Israel. Kekejaman yang tidak terfikir oleh manusia yang mempunyai akal yang waras telah dikenakan terhadap rakyat Palestine yang ditahan. Jika kematian menjemput mereka ketika di dalam tahanan, mungkin ianya merupakan nikmat yang diharapkan. Hanya mereka yang berjiwa kental dan keimanan terhadap ketentuan Allah membuatkan mereka berjaya bertahan semasa di penjara tersebut. Malah dikatakan terdapat pejuang2 yang begitu kuat dari segi mental dan keimanannya tidak goyaj dengan segala penyiksaan yang dilakukan oleh Israel terhadap mereka. Malah dikatakan mereka ini diasingkan daripada tahanan2 yang lain kerana ditakuti mereka ini alan mempengaruhi tahanan2 agar lebih kuat dan bersemangat. Semoga Allah merahmati insan2 yang terpilih ini dan diganjari dengan syurga Firdaus. Amin amin ya rabbal alamin.








No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...