Tuesday, 23 July 2024

Hari ke-204 di tahun 2024

 Assalamualaikum hari Isnin yang diberkati. Semoga hari ini mendatangkan kebaikan buat agama, diri, keluarga, sahabat handai, saudara mara, para pendidik, masyarakat, negara dan saudara seIslam di seluruh dunia.

Hari Isnin 22 Julai bersamaan 16 Muharram.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Hari ini anak teruna sulong terlibat di dalam persembahan kawad di sekolahnya. Persembahan tersebut di adakan bersempena perhimpunan mingguan kokurikulum sekolahnya. Anak teruna kedua pula menghadapi peperiksaan pertengahan tahun di sekolah petangnya. Hari ini merupakan peperiksaan adab dan khat.

Hari ini CikYong pergi ke perpustakaan untuk memulang dan meminjam buku2 yang lain.

CikYong menyambung bacaan buku berkaitan dengan rasuah. Sebuah buku yang padat dengan maklumat berkaitan rasuah dari perbagai sudut.

CikYong juga mengikuti perkembangan siasatanberkaitan dengan kes pembunuhan seorang bekas pelajar UPSI. Suspek yang telah ditahan reman dikatakan merupakan teman lelaki mangsa yang dibunuh. Polis masih lagi mencari bahan bukti berkaitan kes tersebut.

CikYong juga membaca perihal demonstrasi pelajar di Bangladesh yang telah mengorbankan lebih daripada seratus pelajar yang berdemostrasi. Dikatakan bahawa pelajar2 di universiti2 di Bangladesh melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Kerajaan dikatakan hanya mementingkan kelompok tertentu dan tidak menghiraukan keperitan hidup rakyatnya.

Hari ke-289 perang di Palestine 🇵🇸.

Israel teus membedil tempat kediaman dan khemah2 penginapan sementara rakyat Palestine.






No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...