Friday, 19 July 2024

Hari ke-200 di tahun 2024

 Alhamdullilah diatas nyawa yang masih lagi berada di dalam jasad ini. Semoga hari ini sesuatu yang bermanfaat dapat dipelajari dan juga diizinkan untuk beramal dengannya.

Hari Khamis 18 Julai bersamaan 12 Muharram.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong.

CikYong sediakan roti jala dan kuah kari ayam, sandwich telur dan juga telur hancur sebagai sarapan awal pagi dan juga bekal untuk anak2 ke sekolah pada hari ini.

Pengajian tafsir surah Fussilat ayat ke-25 perihal sahabat dari kalangan syaitan iaitu Qarin. Syaitan berusaha secara halus mendekatkan manusia ke arah kebinasaan manusia di duni dan di akhirat nanti. Kisah israeliyyat perihal seorang ahli ibadah yang terpedaya dengan pujuk rayu syaitan. Mudarasah hadith ke-10, penerangan perihal ibadah yang tidak diterima apabila seseorang muslim itu melakukan sesuatu yang haram.

Usai mudarasah, suami mengajak CikYong untuk pergi berbasikal. Kami melalui laluan yang biasa dilalui. Hujung jari kaki CikYong terasa sakit setelah separuh perjalanan mengayuh basikal. Suami mengayuh laju ke hadapan dan CikYong biarkan sahaja dan tidak cuba mengikuti kelajuannya. CikYong hanya berkayuh santai tambahan pula kaki telah mula terasa sakit.

Setiba di rumah, CikYong bersarapan dengan roti canai yang dipanaskan bersama kuah kari ayam. Suami pula keluar membeli bihun goreng sebagai sarapannya.

Setelah sarapan, CikYong keluar sekejap menjenguk pepokok bunga di tepi rumah. CikYong kemudiannya mengikuti kelas bahasa arab bersama ustazah. Alhamdulillah CikYong dapat mengikuti kelas pada minggu ini. Pada minggu lepas, CikYong tidak dapat menghadirkan diri ke kelas secara dalam talian ini disebabkan kesihatan CikYong tidak mengizinkan.

Usai kelas, CikYong mula memasak ayam masak merah, tumis kobis ala mamak dan memasak nasi. CikYong juga berkesempatan mengikuti tadabbur di MyQurantime sambil CikYong memasak. Hari ini merupakan tadabbur ayat 146&147 dari surah Al A’raf.

Pada sebelah petang, CikYong akhirnya dapat menyambung semula lukisan bunga melur yang telah lama tertangguh. CikYong juga berkesempatan mendengar ulasan tafsir surah Al A’raf ayat 142-154 melalui aplikasi Bayyinah sambil CikYong melukis. Selepas Asar, CikYong menyambung bacaan buku yang menceritakan pengalaman empat orang sukarelawan di bawah seliaan MyCorps menjalani program sukarelawan di negara Jordan, Turki dan Kemboja. 

Anak teruna sulong menghadiri latihan kawad KRSnya di sekolah pada sebelah petang. Anak teruna kedua mendapat hadiah sebiji tumbler tahan panas dan sejuk. Beliau menerima hadiah tersebut disebabkan menjadi pengawas cemerlang di sekolah paginya. Anak teruna kedua menaiki basikal ke sekolah petangnya.

Cuaca hari ini sungguh panas hingga terasa berbahang sehingga ke malam hari.

Pada sebelah malam, CikYong menyambung kerja rumah kelas bahasa arab untuk pelajaran ke-16.

Hari ke-285 perang di Palestine 🇵🇸.

Masih tiada perkembangan terbaru perang di Palestine. Isreal masih lagi bermaharajalela memusnahkan prasarana dan membunuh rakyat Palestine 🇵🇸.









No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...