Assalamualaikum pagi yang mendung. Semoga hari ini membawa lebih peringatan dari melakukan perkara yang melalaikan.
4 Julai bersamaan 28 Dzulhijjah hari Khamis.
Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Anak teruna sulong menduduki peperiksaan geografi dan pendidikan Islam untuk hari ke-5 peperiksaan pertengahan tahun.
Seawal pagi CikYong menyediakan roti jala dan kari daging sebagai bekal anak2 ke sekolah. Sandwich telur juga dijadikan sebagai bekal tambahan buat anak teruna sulong.
Pengajian tafsir surah Fussilat ayat 15-18 mengisahkan Allah mendatangkan azab di dalam bentuk angin yang kuat. Kaum Aad yang sombong dengan kekuatan mereka telah ditundukkkan dengan kekuatan Allah yg melangkaui kekuatan kaum Aad tersebut.
Mudarasah hadith ke-9 huraian berkaitan Sahabat2 bertanya kepada Rasullullah saw untuk beramal dan juga kesengsaraan dan belenggu yang diturunkan oleh Allah kepada sesuatu kaum mungkin disebabkan kaum tersebut tidak mengikut perintah Allah.
Sebelum bersarapan, CikYong menjenguk sebentar pokok2 bunga di tepi rumah sambil merumput serba sedikit. Setelah suami pulang dari berjogging, beliau belikan nasi lemak bungkus sebagai sarapan kami berdua.
Kelas bahasa arab bersama ustazah berjalan seperti biasa. Pembelajaran baru hari ini berkaitan harf لِ bersambung dengan fi’il mudarik.
Usai kelas berakhir, CikYong terus masuk ke dapur. Hari ini CikYong memasak ayam masak bali untuk juadah makan tengahari.
Usai makan tengahari bersama keluarga, CikYong masuk semula ke dapur. CikYong membuat cheesetart pula. CikYong ingin menghabiskan creamcheese yang masih berbaki di dalam peti ais.
Sebelah petang, CikYong menyambung bacaan buku perihal Salahuddin Al Ayubi.
Di sebelah malam, CikYong menghantar kerja rumah kelas bahasa arab kepada ustaz.
Hari ke-271 perang di Palestine 🇵🇸.
Serangan Isreal terhadap rakyat Palestine di Gaza dan Tebing Barat masih berterusan. Tidak tahu CikYong ingin menggambarkan perasaan yang begitu meruntun jiwa melihatkan rakyat Palestine yang di dalam keadaan yang tidak menentu di ketika serangan bom Israel baru sahaja menghancurkan bangunan yang berhampiran mereka. Perasaan panik dan risau mencari ahli keluarga di dalam keadaan yang sungguh bercelaru. Ya Allah kami memohon keampunan dariMu di atas ketidakupayaan kami dalam membantu saudara2 kami di Palestine. Ya Allah kurniakanlah kekuatan buat kami melawan kejahatan yang berleluasa di zaman ini. Amin amin ya rabbal alamin.













No comments:
Post a Comment