Hari ke-189 hari Ahad 1 Muharram bersamaan 7 Julai.
CikYong telah mula berasa sakit tekak, badan pun terasa panas, demam. Namun CikYong gagahkan juga menghadiri jemputan kenduri kahwin oleh jiran yang berdekatan dengan rumah CikYong.
Hari ke-190 hari Isnin 2 Muharram bersamaan 8 Julai.
Cuti umum bersempena Maal Hijrah. CikYong masih lagi tidak sihat. Masih lagi demam, sakit tekak dan pening kepala.
Hari ke-191 hari Selasa 3 Muharram bersamaan 9 Julai.
Demam masih lagi ada. Sebelah petang, CikYong pergi ke klinik kesihatan di pekan. Terpaksa di ambil darah kerana telah 3 hari demam. Bacaan sel darah putih rendah dari yang sepatutnya. Di arah dibuat ujian lebih terperinci untuk mengesan samada denggi atau pun todak. Alhamdulillah keputusan kehadiran antigen denggi adalah negatif. Demam virus menurut doktor. Doktor bekalkan pelbagai ubat iaitu hampir 8 jenis ubat-ubatan.
Hari ke-274,275&276 perang di Palestine 🇵🇸.
Masih lagi berlanjutan. Tiada genjatan senjata. Sehari selepas Isreal menyatakan persetujuan untuk berunding semula untuk genjatan senjata, Israel telah menyerang bertubi2 terhadap orang awam di Gaza City utara Gaza. Sesungguhnya kekejaman Israel semakin menjadi2.














No comments:
Post a Comment