Monday, 22 July 2024

Hari ke-203 di tahun 2024

 Alhamdulillah di atas hidayah yang dikurniakan semoga CikYong dan keluarga dan generasi akan datang teguh di jalan yang benar dari Allah swt.

Hari Ahad 21 Julai bersamaan 15 Muharram.

Hari cuti persekolahan hujung minggu buat anak2 CikYong. Sementara itu, anak teruna sulong perlu menghadiri latihan kawadnya pada petang ini.

Pada sebelah pagi, kami sekeluarga keluar bersarapan di kedai makan di pekan. Kami bersarapan dengan roti telur. Usai bersarapan, kami singgah ke pasar tani yang diadakan setiap hujung minggu di pekan. Kami membeli serba sedikit makanan sebelum pulang ke rumah.

Di sebelah petang, anak teruna sulong menghadiri latihan kawad di sekolahnya. Usai menghantar anak ke sekolah, CikYong dan suami singgah di hypermarket yang berdekatan untuk membeli serba sedikit stok makanan untuk rumah.

Hari ke-288 perang di Palestine 🇵🇸.

Israel semakin tertekan dari pelbagai sudut. Kehancuran Israel semakin jelas kelihatan. InsyaAllah dengan izin Allah kemusnahan Israel bakal tiba. Para pejuang Palestine teguh memberi tentangan hebat kepada tentera IDF yang cuba menghancurkan Gaza dan Tebing Barat. Sehingga ke hari ini telah lebih dari setibu kereta kebal Israel telah dimusnahkan oleh para pejuang Palestine. 












No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...